Tuesday, March 24, 2009

Siapa kata teknologi itu memudahkan???

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Pasti ke dengan adanya teknologi, hidup kita akan lebih mudah??? Pada saya, siapa kata teknologi itu memudahkan???

Bukan ingin menentang dan menafikan kepentingan teknologi yang kita ada kini.

Dengan adanya teknologi,

1. Kita lebih lalai dan leka dengan hiburan tanpa henti selama mana ada bekalan kuasa disalurkan...
- TV, Radio, MP3, iPod, Laptop, Xbox etc...
- Di kala teknologi masih ditakuk lama, hiburan bergantung kepada diri kita, muzik...berghazal dan berdondang sayang...permainan...main ting ting, wau dan galah panjang. Segalanya bergantung sepenuhnya kepada tenaga manusia. Setelah penat, kita akan berhenti berhibur...

2. Perhubungan lebih mudah???
- dengan kehadiran hp, YM, MSN messenger etc
- hidup tak dapat nak tenteram...kejap2 msj masuk, kejap2 kena 'buzz'...hmm...komunikasi berkesan kah?
- dengan adanya teknologi , bg saya, dengan adanya teknologi, kita kurang menghargai komunikasi kita dengan orang lain.

Saya bukan penentang teknologi (dan tidak layak menjadi penentang teknologi...andai menjadi penentang, maka saya adalah orang yang cakap tak serupa bikin)... cuma ada kalanya, terasa teknologi itu lebih menyebabkan kita terasa terbeban dan bukan meringankan...

Dalam era kini, menjadi kewajipan untuk kita menguasai teknologi, tapi pada masa yang sama, teknologi mampu mengikis nilai-nilai yang ada pada diri kita. Dan sememangnya menjadi tanggungjawab bagi kita untuk mengimbangi antara teknologi dan penerapan dan pengekalan nilai-nilai yang berpotensi merudum jatuh dengan impaknya teknologi andai kita tidak menyedari...

tanpa teknologi...anda tidak akan dapat membaca entri saya di sini...huhu...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

3 comments:

NooB said...

teknologi itu memudahkan...
cuma cara kita mengaplikasikan teknologi tue kadang2 tak kena pd cara, tempat dan masa...

e.g dgr mp3 bleh tenangkn minda...
tp tak kena tempat dan masa bila kita dgr mp3 masa azan tgh berkumandang...

btul..?

annamlatun said...

=) Wah! Tezuka kedengaran matang mengemukakan komen kai ini...=D

Betul3...aku setuju yang tu. sebab tu aku kate, aku tak menafikan kepentingan teknologi. Tapi, sekarang ni, tika orang sedang mengejar teknologi, ade perkara yang kita tertinggal di belakang iaitu...
nilai...

wallahualam

tusky said...

tengok wall-E?
pabila segalanya
dihujung jari...
buat org tertentu
jadi rajin berkarya
jadi rajin invent sini sana
untuk keperluan kita juga
buat orang kebanyakan
mereka jadi malas
mereka jadi rimas dengan mereka
hingga akhirnya mereka bosan
dengan teknologi itu sendiri..