Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberikan dalam nikmat Iman dan Islam...masih diberikan upaya untuk bernafas dan bergerak. Semester ini hanya berbaki 2 minggu sahaja lagi untuk menghabiskan kuliah dan kira-kira tiga minggu untuk peperiksaan akhir...

Bagiku, semester ini adalah semester yang seimbang. Ada penglibatan dalam aktiviti dan ada perasaan untuk belajar jika dibandingkan dengan semester yang lepas. Sungguhpun begitu, masih terlalu banyak ruang untukku memperbaiki diri dari segi penglibatan dan juga dari segi pelajaran.
Saat ini, ada dua perkara yang diriku hitung dan yang ku tunggu-tunggu;
(1) Saat menjejakkan kaki ke tanah tumpah darah ibu,
(2) Peperiksaan akhir yang bakal berlangsung 4/4 sehingga 15/4 insyaALLAH...
Entah apa yang akan berlaku cuti ini...insyaALLAH diriku menantikannya dengan penuh kesabaran...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
No comments:
Post a Comment