Saturday, May 16, 2009

Diriku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Segala puji bagi Allah, Tuhan yang memerintah dengan penuh bijaksana...Tiada yang lebih berkuasa melainkan diri-Mu ya Allah...

Terasa kosong seketika, huhu...masih dalam proses membiasakan diri dengan kondisi tugas kini. Kadang kala perlu bekerja 12 jam sehari demi menyediakan roti untuk semua..=)

Apa-apa pun, diriku redha, kerana inilah pendedahan yang diriku perlu supaya aku mampu untuk menjadi seorang yang lebih tabah dan tahu apa yang aku perlu dan apa yang masyarakat ku perlu di masa hadapan.

Terdetik difikiranku, tahun depan, giliran diriku untuk menjalani Latihan Pratikal...di mana? diriku masih belum pasti. Harapnya, di satu tempat yang mampu memberikan dimensi yang baru untuk diriku...

Jika diriku menjalani latihan praktikal, ini bermaksud, diriku sudah tidak akan dapat memberikan komitmen seperti yang ku lakukan kini...Mudah-mudahan, pada waktu itu, pekerja mereka sudah mencukupi dan bantuan peralatan dan mesin juga sudah lengkap sehingga mampu untuk menghasilkan hasil yang jauh lebih banyak...amin...

Dua tahun lagi...bukanlah satu jangka masa yang lama terutamanya kala akhir zaman ini. Jangka diriku berada dirumah juga sudah masuk satu bulan. Apa yang bakal ku hadapi nanti? Sememangnya dunia luar takkan semudah yang ku sangka...Adakah diriku harus terus dan terus belajar? Itu yang ku inginkan, tapi apa yang mereka perlukan? Itu juga harus dan sangat perlu untuk aku fikirkan...

Dua tahun, akan ku jadikannya detik-detik yang bermakna...akan ku cuba dan usaha untk penuhi cita-cita ku... Cita-cita yang telah ku nyatakan kepada adik-adik tahun 6 ketika diriku diberi peluang menyampaikan kuliah maghrib tempoh hari... Tika itu, ada seorang adik yang comel bertanya, "Apa cita-cita akak???" Tak ku sangka soalan itu rupa-rupanya sukar untuk ku jawab...akhirnya diriku berkata- "Akak nak menjadi seorang hamba yang merindu dan mengejar redha_nya"... Tak tahulah adik-adik ini faham atau tidak maksudku kala itu... Tapi tak mengapa, mereka boleh bawa frasaku itu ke hadapan untuk difahami...=)

Mudah-mudahan setiap daripada kita bersabar dan menempuhi dengan sebaik yang boleh kehidupan yang di atur ini...Andai kita sentiasa mengeluh, ingatlah bahawa tenaga daripada keluh resah kita itu pasti dapat kita manfaatkan untuk kebaikan orang lain. Andai kita terasa tidak mampu, ingatlah, setiap orang diuji selari dengan kemampuan yang ada pada diri kita...

Moga rezeki kita sentiasa dicukupkan, agar kita tidak meminta-minta kepada yang lain melainkan Al-Khaliq kita...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

No comments: