Saturday, June 13, 2009

Ayuh berlapang dada...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Apakah yang ada di dalam hati kita kini? Marah? Benci? Dendam? Tak puas hati? Kecewa?

Adakalanya, diriku juga terjebak dengan perasaan-perasaan sebegitu yang mampu untuk membebankan hati kita. Sebab itulah, diri ini ingin mengajak sahabat-sahabatku untuk berlapang dada. Ataupun bahasa yangs sering diguna pakai, iaitu redha dengan ketentuan-Nya...

Berlapang dada memang adakalanya payah terutamanya apabila melibatkan orang yang rapat dengan kita. Apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini kepada keluarga mahupun sahabat terdekat kita, kita seringkali menjadi orang yang pertama meletakkan syak wasangka kepada mereka. Ayuh kita berlapang dada...agar kita mampu untuk bergerak dengan lebih teratur. Bukankah kita disuruh untuk saling bermaafan dan saling bersangka baik sesama kita? Mengapa perlu kita ada perasaan yang bakal mengganggu fikiran dan hati kita, dan itu juga mungkin bakal menjadi hijab atau penghalang kepada mereka.

Ayuh kita berlapang dada...sungguhpun payah, jika kita cuba dan sentiasa mencuba untuk melatih diri kita untuk berlapang dada dan berterus terang andai ada salah faham, tentu sifat itu akan tertanam di dalam diri bukan? Seringkali dikatakan bahawa perbuatan yang diulang sebanyak 21 kali itu akan menjadi sifat kekal di dalam diri kita. (dengan izin-Nya tentunya...)

Ayuh kita berlapang dada...kerana dengannya kita mampu mendidik hati kita dengan kesabaran, bukan dengan kata-kata kutukan dan celaan terhadap orang mahupun perkara yang tidak kita senangi.

"...Dan perbuatan kamu bermaaf-maafan (halal menghalalkan) itu lebih hampir kepada taqwa. Dan janganlah pula kamu lupa berbuat baik dan berbudi sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu kerjakan. " (Al-Baqarah : 237)

Selamat berlapang dada wahai diri dan selamat berlapang dada wahai sahabat-sahabatku....=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

4 comments:

Ummu Fateh said...

There's a mountain we need to climb
Either we can see it or even we blind
Cause the world sketches the journey to forever life
As the base we walk
To the top we stop...

The higher we step
The nearer we get
Through the way we think
Through the track we act
We've chose the road to be taken
These are what we'll get
To the HELL or HEAVEN...

As KHALIFAH & SERVANT
That's how we're tested
We opt to failed or being the best
There's the WORLD, the BASE and the JOURNEY
Reaching to the top
The eternity we'll see...

-RiNdOk AtI- =D

annamlatun said...

=)

Anonymous said...

assalamualaikum...

emmmm..nape dlm tafsir sy xd yea tafsir y awk tlis utk 2:237 tue? ^^

momiji89 :)

annamlatun said...

Assalamualaikum momiji89:

Terima kasih atas teguran. sy dh rujuk balik. rsnya setiap terjemahan mempunyai cara penyampaian (ayat) yang berbeza-beza. boleh sy tahu, yang awak maksudkan xde dalam terjemahan awak tu keseluruhan ayat yang sy sertakan dlm artikel ni ataupun sebahagian drpd ayat yang dinyatakan? kalau sebahagian, boleh sy tahu dimana perbezaannya? Jika boleh momiji kongsikan, berguna untuk peringatan sy d masa akan datang...=)

terima kasih