Saturday, June 20, 2009

Wahai Saudaraku...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Wahai saudaraku,
Kita hanya manusia biasa yang lemah, penuh dengan kekurangan. Penuh kecenderungan sama ada ke arah kebaikan mahupun keburukan...

Wahai saudaraku,
Kita tidaklah sempurna, kerana hanya Allah yang Maha sempurna...Maka mengapa kita sering berlagak seolah-olah kita sempurna? Berlagak seperti betul segalanya?

Wahai saudaraku,
Dalam kehidupan ini penuh dengan kebaikan, namun mengapa mesti keburukan yang didahulukan? Mengapa mesti bersalah sangka pada orang lain? Mengapa tidak dahulukan kebaikan dan baik sangka terhadap kehidupan?

Wahai saudaraku,
Mengapa perlu ada sengketa, andai kita mengaku bersaudara? Mengapa kita tidak menerima dan menimbang sebaiknya? Mengapa perlu kehendak diri dan bisikan nafsu membutakan mata hati kita? Enggan redha dan berlapang dada sesama kita?

Wahai saudaraku,
Kita seorang hamba dan jua khalifah Allah di muka bumi, yang diutuskan membawa panji-Nya mengikut kemampuan kita. Allah tidak melihat berapa banyak yang kita lakukan tetapi berapa banyak perkara yang kita lakukan dengan penuh keikhlasan...Ikhlas, tanpa mengharap ganjaran selain dari-Nya. Sesungguhnya ikhlas itu adalah rahsia antara kita dengan-Nya...

Akhir kalam,
Moga kita semua diberikan kekuatan wahai saudaraku...=)


"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

No comments: