Tuesday, November 17, 2009
Syukur kepada ALLAH...=D
Something that i would like to share...this is one of English Nasheed that i like. I dont really like to listen to English Nasheed group especially those with rapping...but this one is really nice one! =) enjoy!
(Alhamdulillah by Native Deen)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Saturday, November 14, 2009
Berfoya-foya di tepi tasik nan permai…
Dengan nama Allah yang pemurah lagi Maha Penyayang…
Hari, lepas sudah empat daripada enam kertas yang perlu ku ambil untuk semester ini. Lega sedikit melihat angka yang tinggal hanya dua. Namun, cabaran tetap terasa sebab banyak lagi yang belum diulangkaji. Kertas hari ini? Alhamdulillah…lega…kertas yang pertama daripada dua subjek yang dibuat pada waktu pagi. Mulanya ku ingatkan tidak sempat untuk habiskan semua pembacaan semula. Namun…diriku terasa paling berpuas hati untuk subjek ini. =D
(Ada apa-apa yang pelik tak berkenaan gambar ni???)
Apa pun, selepas ini sudah menjadi luar kawalanku. Tinggal tawakal dan doa mengiring kertas yang bakal disemak. Hehe. Dalam mengejar topic-topik yang perlu dihabiskan, petang semalam sempat lagi berfoya-foya (baca: mengambil udara segar) di hadapan kolam berhampiran dengan seorang sahabat…Air naik tinggi berbanding sebelum ini. Namun, ikan-ikan yang comel masih boleh kelihatan dengan melihat riak-riak air yang terbentuk. Jika sebelum ini, tumpuan kami pada ikan, semalam, seorang membawa nota dan seorang lagi berbekalkan buku “Quantum Change” oleh Amr Khalid. Otak terasa sesak dengan nota-nota teknikal tentang peralatan di dalam makmal.
Hehehe…biasalah..kalau dah tengok nota orang lain tu, cepat jelah tangan ni nak mencapai. Sajalah nak tahu apa yang dibaca. Tambahan lagi nota yang dibawanya berbeza dengan pelajaran ku seharian. Nota tentang hormon dalam badan manusia. Huhu…dah lama tidak menelaah tajuk ni. Kali terakhir adalah ketika diriku berada di matrikulasi. Jodoh tak berpanjangan dengan subjek berkaitan dengan tubuh manusia..hehe..Dalam mencari kaedah terbaik melepaskan tekanan ( =p ) akhirnya sahabatku menjadi ‘mangsa’. Tiba-tiba, tasik menjadi saksi kepada ‘pop-kuiz’ berkenaan tajuk nota yang dipegang. Bukan saja-saja, sekurang-kurangnya dua-dua boleh mengulang kaji dalam keadaan yang santai. Bukan setakat dia, dengan diriku sekali terhafal jawapan soalan daripada ‘pop-kuiz’ kendalian diriku sendiri. Hahaha…
(Rupa-rupanya ada semut...hehehe)
Semalam, yang paling menarik dan yang diriku ingat adalah tentang tajuk “Stress and General Adaptation Syndrome (GAS)”. Semalam baru tahu wujudnya istilah untuk stress yang baik (beneficial stress) dinamakan ‘eustress’ dan stress yang kurang baik (harmful stress) sebagai ‘distress’. Perkara-perkara yang boleh meransang ke arah stress adalah disebut sebagai stimuli yang diantaranya adalah emosi, keadaan panas, demam, keadaan sejuk dan sebagainya.
GAS mempunyai tiga peringkat.
1. The Alarm Reaction
- Stress menyebabkan maklumat saraf dihantar oleh hipotalamus kepada ‘symphatetic division of ANS’(?) dan ke adrenal medulla (Tak pasti).
- Ini menyebabkan tindak balas segera dan menghasilka ‘fight or flight reaction’.
2. The Resistance Condition (kalau tak silap)
- Hipotalamus merembeskan hormon.
- Iaitu, CRH (singakatan tidak ditemui semalam dalam nota, terima kasih), GHRH (Growth hormone- kalau tak silap) dan TRH (Thyroid Regulating Hormon- pun kalau tak silap).
- Hormon-hormon tersebut menyebabkan peningkatan kadar katabolisma untuk menghasilkan tenaga yang digunakan untuk penghasilan tindak balas terhadap stress.
- Semasa stress, kepekatan hormon glukokortikoid tinggi dalam badan sebagai anti-stress hormone.
3. Exhaustion (Keletihan)
- Stress adalah disebabkan oleh perubahan ketara (dramatic changes) disebabkan ‘alarm reaction’ dan __________. (Tak ingat, ada satu lagi) huhu..
- Keletihan berpunca daripada stress adalah disebabkan oleh kekurangan ion kalium (potassium ion), ‘depletion of adrenal glucocorticoids’ (maaf, tak tahu istilah yang tepat untuk diterjemah) dan organ yang lemah.
- Stress menyebabkan beberapa penyakit seperti gastric, migrain asthma.
Hehehe…kepada yang lebih mengetahui tentang perkara di atas, andai ada kesilapan (nota tidak ada ditangan ye…), silalah membuat pembetulan… Sekadar ingin berkongsi, hasil daripada foya-foya di tasik nan permai. =)
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam
1:23pm (12/11/09)
(Tasik nan permai)Wednesday, November 4, 2009
Si Comel...(bukan nama sebenar)
Dalam keresahan masing-masing menghadap nota yang berkoyan-koyan…masih lagi ada kesempatan untuk mencoret sesuatu disini. Bukan kerana diriku sudah khatam dan ilmu sudah dihujung jari, namun mungkin inilah tabiat diriku yang sudah tidak dapat diubah lagi. Hehe…rasa nak menulis itu akan muncul apabila berada dalam keadaan tertekan ataupun kritikal!
(Halo bulan yang boleh dilihat di Kuantan malam 31 Oktober 2009...Subhanallah...=D)Blog ku semester ini, ku kira sepi tanpa apa-apa coretanku…rupa-rupanya bukan sekadar blog, malah kamera ku pun kurang berfungsi semester ini. Mujurlah ada waktu peperiksaan, tanpa ada banyak perkara lain selain diri sendiri, dapatlah ku meluangkan masa untuk menaip dan berehat-rehat sambil menangkap keindahan sekeliling.
Hari ini, pohon rendang di luar tingkapku menerima kunjungan mesra si comel…=) Baru beberapa hari yang lepas, diriku dan seorang lagi sahabat teruja seketika saat ku terpandang si comel di celahan batu. Kata sahabatku, “Dia ni, susah sikit nak tangkap gambar dia…” Mungkin kerana fizikalnya dan karenahnya yang tidak pernah duduk diam menyukarkan kita apabila ingin menangkap gambar. Lain pula kisahnya hari ini, rezekiku agaknya, si comel rupa-rupanya sedang mengisi perut daripada hidangan lazat daripada si pohon rendang. Agak lama juga si comel berada di situ dan membolehkan diriku untuk mengambil satu dua gambar. Alhamdulillah…=D
Inilah si comelku…=D
p/s: Hari ini adalah hari pertama kertas peperiksaan akhir bermula...selamat berjuang wahai sahabat-sahabatku...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =D
Wallahualam
Sunday, November 1, 2009
Dalam kawalan & luar kawalan...
Dalam kawalan dan luar kawalan? Baru sahaja beberapa minit tadi melihat "carry mark" ku untuk salah satu subjek ku semester ini... Agak mengecewakan, namun, itu adalah sekurang-kurangnya setengah daripada usahaku semester ini untuk subjek itu. Bayangan A dan A- rasanya tak mampu untuk digapai dengan berbekalkan markah itu. Apa nak buat?
Hmm...saat inilah akan terngiang kata-kata ibuku tika di bangku sekolah menengah. Usaha sehabis baik selagi perkara itu masih dalam kawalan kita. Itulah yang ku amalkan daripada sekolah menengah lagi. Selagi kertas soalan peperiksaan itu masih ditanganku, akan ku pastikan segala daya ku curahkan untuk kertas itu.Huhu...
Mungkin jua aku terlena sejenak dan terhanyut dek cabaran-cabaran di alam universiti. Bangun!!! Bangun!!! Masa dah sampai!!! Setiap kali semester bakal berakhir, itulah masanya untuk melihat, apa yang kita lakukan dan pelajari sepanjang semester itu. Terhantuk sejenak..."Carry mark" ku, sungguhpun kurang memuaskan, namun itu adalah sesuatu yang sudah berada di luar kawalan ku. Apa yang lebih penting, adalah melipat ganda-gandakan usaha untuk apa yang masih berada di dalam kawalanku...
Mudah-mudahan diriku mampu menggarap dan memahami setiap pelajaran formal dan pelajaran kehidupan yang ku lalui semester ini. Semua orang ingin cemerlang...termasuk jua diriku...moga kecemerlangan dunia dan akhirat mampu ku raih. Siapa yang tak kejar pointer dan sijil??? Tipulah kalau tak ada perasaan sebegitu walaupun sekelumit...namun tetap ada hasrat dan harapan untuk kejar erti disebalik pointer dan sijil itu...Mudah-mudahan diriku dan rakan-rakan yang lain tidak kiralah dalam pelajaran mahupun perjuangan...Teruskan usaha selagimana peluang itu masih di dalam kawalan...apabila sudah di luar kawalan...bertawakallah kepada Allah...kerana Dialah yang lebih mengetahui apa yang kita perlukan...=D
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Dalam kebingungan untuk menelaah, tiba-tiba teringat satu hari itu...Hari itu merupakan hari untuk lepeh buster (kawan kepada ghost buster...cuma yang disedut adalah kawanan lepeh yang banyak...=p)semasa cuti hari raya yang lepas...hehehe...pembunuhan beramai-ramai lepeh di kawasan yang tertutup dan lama sudah tidak dijenguk... meriah!!! hehehe...tapi kasihan juga melihat mereka bergelimpangan setelah dikeluarkan daripada 'vacuum'...huhu...
Lepeh?
Lepeh merupakan daripada dialek Sarawak yang bermaksud lipas atau cockroaches (juga dipanggil DIPLOPODA oleh kakak ku...hehe). Seringkali menjadi musuh ketat kepada manusia kerana dianggap sebagai salah satu daripada serangga yang menganggu kehidupan. Serangga ini tergolong dalam order blattaria dalam dunia serangga.
Lipas menjalani kitar hidup metamorfosis tidak lengkap. Metamorfosis tidak lengkap bermaksud, serangga itu hanya menjalani tiga peringkat, iaitu telur, nimfa dan imago (dewasa).
Lipas dan serangga-serangga yang menjalani proses metamorfosis tidak lengkap akan menukar kulit untuk tujuan pembesaran.
Serangga ini merupakan serangga nokturnal, iaitu lebih kerap untuk keluar pada waktu malam dan tidak suka akan keadaan yang terang. Maka, lipas akan seringkali berada di dalam almari, di bawah almari ataupun di kawasan-kawasan yang lembap.
Walaupun lipas dikenali sebagai serangga yang 'menumpang' di rumah kita, namun, janganlah terkejut andai serangga ini, anda temui di kawasan yang lain contohnya di hutan, di dalam belukar ataupun di kawasan yang biasanya mempunyai serangga 'menginap' di situ...=D
Apabila melihat lipas, tentunya ramai yang akan menjadi histeria kecil ataupun tiba-tiba memanjat kerusi untuk menyelamatkan diri. Sesungguhnya setiap kejadiaan Allah itu, pasti ada sebab musabab mengapa mereka diciptakan. Bagi diriku, kehadiran lipas menjadi tanda aras sejauh mana kita menjaga kebersihan kawasan kita. Jadi, agar lipas tidak mengganggu kehidupan kita yang aman damai, pastikanlah kawasan kita bersih...=)
Satu-satu peristiwa dan kejadian itu pasti akan mendorong dan menguja kita untuk mengetahui tentang sesuatu perkara. Contohnya, kerana membantu membersihkan bilik stor yang lama ditinggalkan, akhirnya diriku membuat keputusan untuk berkongsi tentang serangga yang satu ini. Moga bermanfaat untuk semua...=)
p/s: maksud tajuk: bait juak aku bukan lepeh = nasib baik aku bukan lipas...=D
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam