Sunday, November 1, 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...



Dalam kebingungan untuk menelaah, tiba-tiba teringat satu hari itu...Hari itu merupakan hari untuk lepeh buster (kawan kepada ghost buster...cuma yang disedut adalah kawanan lepeh yang banyak...=p)semasa cuti hari raya yang lepas...hehehe...pembunuhan beramai-ramai lepeh di kawasan yang tertutup dan lama sudah tidak dijenguk... meriah!!! hehehe...tapi kasihan juga melihat mereka bergelimpangan setelah dikeluarkan daripada 'vacuum'...huhu...


Lepeh?




Lepeh merupakan daripada dialek Sarawak yang bermaksud lipas atau cockroaches (juga dipanggil DIPLOPODA oleh kakak ku...hehe). Seringkali menjadi musuh ketat kepada manusia kerana dianggap sebagai salah satu daripada serangga yang menganggu kehidupan. Serangga ini tergolong dalam order blattaria dalam dunia serangga.


Lipas menjalani kitar hidup metamorfosis tidak lengkap. Metamorfosis tidak lengkap bermaksud, serangga itu hanya menjalani tiga peringkat, iaitu telur, nimfa dan imago (dewasa).


Lipas dan serangga-serangga yang menjalani proses metamorfosis tidak lengkap akan menukar kulit untuk tujuan pembesaran.




Serangga ini merupakan serangga nokturnal, iaitu lebih kerap untuk keluar pada waktu malam dan tidak suka akan keadaan yang terang. Maka, lipas akan seringkali berada di dalam almari, di bawah almari ataupun di kawasan-kawasan yang lembap.

Walaupun lipas dikenali sebagai serangga yang 'menumpang' di rumah kita, namun, janganlah terkejut andai serangga ini, anda temui di kawasan yang lain contohnya di hutan, di dalam belukar ataupun di kawasan yang biasanya mempunyai serangga 'menginap' di situ...=D




Apabila melihat lipas, tentunya ramai yang akan menjadi histeria kecil ataupun tiba-tiba memanjat kerusi untuk menyelamatkan diri. Sesungguhnya setiap kejadiaan Allah itu, pasti ada sebab musabab mengapa mereka diciptakan. Bagi diriku, kehadiran lipas menjadi tanda aras sejauh mana kita menjaga kebersihan kawasan kita. Jadi, agar lipas tidak mengganggu kehidupan kita yang aman damai, pastikanlah kawasan kita bersih...=)

Satu-satu peristiwa dan kejadian itu pasti akan mendorong dan menguja kita untuk mengetahui tentang sesuatu perkara. Contohnya, kerana membantu membersihkan bilik stor yang lama ditinggalkan, akhirnya diriku membuat keputusan untuk berkongsi tentang serangga yang satu ini. Moga bermanfaat untuk semua...=)

p/s: maksud tajuk: bait juak aku bukan lepeh = nasib baik aku bukan lipas...=D

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"



Wallahualam

No comments: