Dalam keresahan masing-masing menghadap nota yang berkoyan-koyan…masih lagi ada kesempatan untuk mencoret sesuatu disini. Bukan kerana diriku sudah khatam dan ilmu sudah dihujung jari, namun mungkin inilah tabiat diriku yang sudah tidak dapat diubah lagi. Hehe…rasa nak menulis itu akan muncul apabila berada dalam keadaan tertekan ataupun kritikal!
(Halo bulan yang boleh dilihat di Kuantan malam 31 Oktober 2009...Subhanallah...=D)Blog ku semester ini, ku kira sepi tanpa apa-apa coretanku…rupa-rupanya bukan sekadar blog, malah kamera ku pun kurang berfungsi semester ini. Mujurlah ada waktu peperiksaan, tanpa ada banyak perkara lain selain diri sendiri, dapatlah ku meluangkan masa untuk menaip dan berehat-rehat sambil menangkap keindahan sekeliling.
Hari ini, pohon rendang di luar tingkapku menerima kunjungan mesra si comel…=) Baru beberapa hari yang lepas, diriku dan seorang lagi sahabat teruja seketika saat ku terpandang si comel di celahan batu. Kata sahabatku, “Dia ni, susah sikit nak tangkap gambar dia…” Mungkin kerana fizikalnya dan karenahnya yang tidak pernah duduk diam menyukarkan kita apabila ingin menangkap gambar. Lain pula kisahnya hari ini, rezekiku agaknya, si comel rupa-rupanya sedang mengisi perut daripada hidangan lazat daripada si pohon rendang. Agak lama juga si comel berada di situ dan membolehkan diriku untuk mengambil satu dua gambar. Alhamdulillah…=D
Inilah si comelku…=D
p/s: Hari ini adalah hari pertama kertas peperiksaan akhir bermula...selamat berjuang wahai sahabat-sahabatku...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =D
Wallahualam
No comments:
Post a Comment