Saturday, November 14, 2009

Berfoya-foya di tepi tasik nan permai…

Dengan nama Allah yang pemurah lagi Maha Penyayang…

Hari, lepas sudah empat daripada enam kertas yang perlu ku ambil untuk semester ini. Lega sedikit melihat angka yang tinggal hanya dua. Namun, cabaran tetap terasa sebab banyak lagi yang belum diulangkaji. Kertas hari ini? Alhamdulillah…lega…kertas yang pertama daripada dua subjek yang dibuat pada waktu pagi. Mulanya ku ingatkan tidak sempat untuk habiskan semua pembacaan semula. Namun…diriku terasa paling berpuas hati untuk subjek ini. =D

(Ada apa-apa yang pelik tak berkenaan gambar ni???)

Apa pun, selepas ini sudah menjadi luar kawalanku. Tinggal tawakal dan doa mengiring kertas yang bakal disemak. Hehe. Dalam mengejar topic-topik yang perlu dihabiskan, petang semalam sempat lagi berfoya-foya (baca: mengambil udara segar) di hadapan kolam berhampiran dengan seorang sahabat…Air naik tinggi berbanding sebelum ini. Namun, ikan-ikan yang comel masih boleh kelihatan dengan melihat riak-riak air yang terbentuk. Jika sebelum ini, tumpuan kami pada ikan, semalam, seorang membawa nota dan seorang lagi berbekalkan buku “Quantum Change” oleh Amr Khalid. Otak terasa sesak dengan nota-nota teknikal tentang peralatan di dalam makmal.

Hehehe…biasalah..kalau dah tengok nota orang lain tu, cepat jelah tangan ni nak mencapai. Sajalah nak tahu apa yang dibaca. Tambahan lagi nota yang dibawanya berbeza dengan pelajaran ku seharian. Nota tentang hormon dalam badan manusia. Huhu…dah lama tidak menelaah tajuk ni. Kali terakhir adalah ketika diriku berada di matrikulasi. Jodoh tak berpanjangan dengan subjek berkaitan dengan tubuh manusia..hehe..Dalam mencari kaedah terbaik melepaskan tekanan ( =p ) akhirnya sahabatku menjadi ‘mangsa’. Tiba-tiba, tasik menjadi saksi kepada ‘pop-kuiz’ berkenaan tajuk nota yang dipegang. Bukan saja-saja, sekurang-kurangnya dua-dua boleh mengulang kaji dalam keadaan yang santai. Bukan setakat dia, dengan diriku sekali terhafal jawapan soalan daripada ‘pop-kuiz’ kendalian diriku sendiri. Hahaha…

(Rupa-rupanya ada semut...hehehe)

Semalam, yang paling menarik dan yang diriku ingat adalah tentang tajuk “Stress and General Adaptation Syndrome (GAS)”. Semalam baru tahu wujudnya istilah untuk stress yang baik (beneficial stress) dinamakan ‘eustress’ dan stress yang kurang baik (harmful stress) sebagai ‘distress’. Perkara-perkara yang boleh meransang ke arah stress adalah disebut sebagai stimuli yang diantaranya adalah emosi, keadaan panas, demam, keadaan sejuk dan sebagainya.

GAS mempunyai tiga peringkat.

1. The Alarm Reaction

- Stress menyebabkan maklumat saraf dihantar oleh hipotalamus kepada ‘symphatetic division of ANS’(?) dan ke adrenal medulla (Tak pasti).

- Ini menyebabkan tindak balas segera dan menghasilka ‘fight or flight reaction’.


2. The Resistance Condition (kalau tak silap)

- Hipotalamus merembeskan hormon.

- Iaitu, CRH (singakatan tidak ditemui semalam dalam nota, terima kasih), GHRH (Growth hormone- kalau tak silap) dan TRH (Thyroid Regulating Hormon- pun kalau tak silap).

- Hormon-hormon tersebut menyebabkan peningkatan kadar katabolisma untuk menghasilkan tenaga yang digunakan untuk penghasilan tindak balas terhadap stress.

- Semasa stress, kepekatan hormon glukokortikoid tinggi dalam badan sebagai anti-stress hormone.

3. Exhaustion (Keletihan)

- Stress adalah disebabkan oleh perubahan ketara (dramatic changes) disebabkan ‘alarm reaction’ dan __________. (Tak ingat, ada satu lagi) huhu..

- Keletihan berpunca daripada stress adalah disebabkan oleh kekurangan ion kalium (potassium ion), ‘depletion of adrenal glucocorticoids’ (maaf, tak tahu istilah yang tepat untuk diterjemah) dan organ yang lemah.

- Stress menyebabkan beberapa penyakit seperti gastric, migrain asthma.

Hehehe…kepada yang lebih mengetahui tentang perkara di atas, andai ada kesilapan (nota tidak ada ditangan ye…), silalah membuat pembetulan… Sekadar ingin berkongsi, hasil daripada foya-foya di tasik nan permai. =)

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

1:23pm (12/11/09)

(Tasik nan permai)

3 comments:

SuTeRa said...

waaaa
mok bfoya-foya juak!
hee~~
all d best utk paper yg seterusnya!

aNaK suLoNg pAkCik aBu bAkaR said...

akak,xda pon nk plik kmk tgga kat gnbr ya...

annamlatun said...

to sutera:
ehehee...boleh2...kelak next sem kita carik masa bfoya-foya k...=)

to ikan masin: =p
ada yang peliknya...tangga bena2...eih...dah ada blog urg eh...=) Selamat mencoret...=D