Tuesday, June 1, 2010

Semut oh semut...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Agak lama rasanya tidak menulis tentang topik 'serangga'...=) Sedikit perkongsian untuk semua...sempat membelek-belek buku "The Ants" semasa berada di Miri tempoh hari. Dalam hati teringin untuk membawa bersama buku itu. Namun, perlu menahan diri untuk memberi peluang kepada bekalan-bekalan yang lebih perlu. Sungguhpun begitu, sesuatu yang menarik sempat ku baca, yang baru buat diriku...
Dalam salah satu bab yang menyentuh tentang interaksi antara sejenis semut dengan semut yang lain, buku itu telah menyebut bahawa kebanyakkan semut menggunakan teknik yang aggresif terutamanya dari segi ketenteraannya. Menurut sekumpulan myrmecologist (pakar kaji semut), wujud hieraki antara spesis semut. Ada diantaranya, seringkali menggantikan jajahan semut lain dalam sesuatu kawasan.

(semut di gunung santubong...=D)

Mereka (saintis) membahagikan semut kepada 3 peringkat (hieraki):
1. Peringkat paling bawah - semut yang hanya mempertahankan sarang mereka.
2. Peringkat pertengahan - semut yang mempertahankan sarang dan makanan yang dicari.
3. Peringkat teratas - semut yang mempertahankan sarang dan semua kawasan pencarian makanan (kawasan jajahan).

Diriku tidak sempat menghadam semua penerangan tentang ketiga-tiga peringkat dalam hieraki semut ini. Diriku hanya sempat membaca tentang peringkat yang paling bawah. Semut yang tergolong dalam peringkat ini, mereka ini pakar dalam mencari lokasi-lokasi makanan yang baru. Akan tetapi, mereka akan mengabaikannya jika berhadapan dengan semut yang lebih aggresif (berada di hieraki yang lebih tinggi). Ini menyebabkan semut yang paling kurang aggresif ini mempunyai litupan kawasan makanan yang luas, dan mereka akan bertindak bertukar tempat kepada kawasan yang kurang mendapat tumpuan andai diberikan tekanan oleh semut-semut dalam hieraki yang lebih tinggi,

Subhanallah...begitu indah ciptaan Ilahi...sekecil-kecil si semut, namun aturan kehidupan mereka yang kompleks dan penuh pengajaran. =)

Moga mendapat manfaat...moga ada perkongsian yang seterusnya...amin...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"'

Wallahualam...

1 comment:

mohdhazlan Dreadlock said...

maha suci Allah yang mnciptakan sesuatu tanpa sia2:)