Selawat dan salam buat Rasul junjungan...kekasih Ilahi...kaum keluarga dan sahabat baginda...
"Setiap yang diriku lakukan ini, adalah untuk mencapai redha-Nya..."
Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekalian alam, selawat dan salam buat Rasul junjungan, Nabi Muhammad s.a.w, para sahabat dan keluarga baginda. Syukur kehadrat Ilahi kerana limpah dan kurnia-Nya, diriku masih mampu untuk mencoret beberapa perengga dalam laman yang berusaha untuk dibuang sawang-sawangnya setakat ini. (hehe…)
Topik meja makan edisi sarapan hari ini berkisar tentang makanan ringan atau juga dikenali sebagai jajan mahupun ‘snack’. Makanan ringan atau jajan termasuklah makanan seperti keropok, gula-gula, coklat, wafer dan ‘lollypop’ sememangnya menjadi kegemaran dari diriku kecil lagi. Sehinggalah ke hari ini, diriku sekali sekala bila teringin akan membeli makanan ringan untuk dinikmati. Namun, abangku mengambil pendirian yang berbeza kerana katanya, makanan ringan kini mengandungi pelbagai bahan kimia yang kurang sihat untuk badan. Ibu dan kakak ku masih berpendirian bahawa makanan ringan masih sesuai untuk dinikmati.
Ibuku telah menyimpulkan tadi bahawa ‘it’s a matter of choice’. Maksudnya, kita mempunyai pilihan untuk makan ataupun tidak. Bagiku, tidak salah untuk menikmati makanan ringan asalkan kita makan dalam kuantiti yang berpada-pada. Sekian perkongsianku kali ini… (tidak semena-mena Buku Food Toxicology ku dibelek hari ini.hehe)
Wallahualam
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”