Monday, September 12, 2011

Selamat Menempuh semester baru!!!


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Kepada sahabat-sahabat...selamat menempuh semester yang baru...=)

Tiba-tiba digamit rasa rindu untuk menempuhi detik-detik pulang ke kampus masing-masing. Jika setahun yang lalu, semester baru ini merupakan permulaan kepada tahun yang terakhir. Perasaan yang kurasai tika itu masing mampu diingati tika ini. Rasa tidak percaya sudah menjejak ke tahun yang ke-empat. Rasa seperti baru semalam menerima surat tawaran masuk universiti.

Tapi tahun ini, diriku menjadi orang yang melambai-lambaikan tangan secara maya kepada sahabat-sahabatku yang pergi meneruskan perjuangan dan meneruskan kembara ilmu mereka. Diriku berfikir-fikir, sebenarnya walaupun diriku berada di rumah dan sentiasa terkenangkan detik-detik di kampus, namun diriku perlu sedar bahawa perjuangan ilmuku juga perlu diteruskan. Yang terhenti hanyalah sebuah titi dalam kehidupan. Kini adalah masa untuk menyeberang jambatan yang lebih besar, lebih lama dan lebih banyak cabarannya...

Sudah hampir empat bulan berlalu sejak kali pertama diriku menjejakkan kaki ke rumah, ke tanah tumpah darahku...namun, apa yang ku fikirkan? Apa yang ku lakukan? Rehat takkan pernah terasa cukup...jiwa terasa lopong dan kosong...apa yang ku nantikan? Menanti bulan jatuh ke riba? Sesuatu yang sudah dan perlu ku fikirkan secara lebih serius. Masa untuk usah menunggu sehinggakan orang lain risau akan diri ini. Seakan-akan tidak berbuat apa-apa setelah habis pengajian. Punca mahasiswa menganggur? Mungkin diriku boleh menghuraikan topik ini lebih baik kini. boleh buat karangan 2000-3000 patah perkataan barang kali. contoh yang diberikan? Mungkin lebih merujuk kepada diri sendiri...

Buat sahabat-sahabat... pesanan yang sering ku peroleh daripada 'senior-senior' ku setahun yang lalu ingin ku ulang buat dirimu... nikmatilah masa yang kita ada selagi mana ada dalam kehidupan di kampus. Kerana apabila melepasi fasa itu nanti, pasti kita akan merindui detik-detik itu kelak. =")

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Friday, August 26, 2011

Ramadhan kali ini...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Ramadhan tahun ini berbaki tinggal beberapa hari lagi…Ramadhan yang pertama sepenuhnya berada di rumah setelah enam tahun berlalu. Tidak pernah terlintas difikiranku sehinggalah emak ku menyuarakan tentangnya tengah hari tadi. Dia seperti terkenangkan diriku beberapa tahun yang lepas. Diriku hanya akan balik seminggu ataupun hanya beza beberapa hari sahaja dengan hari lebaran. Sememangnya berbeza… dua tahun pertama berpuasa di pusat matrikulasi dan 4 tahun lagi di bumi Kuantan. Terasa begitu sekejap. Rasa baru semalam bersahur seorang diri ataupun bersama teman-teman. Menu sahur semestinya segelas milo atau nestum perisa coklat dengan beberapa keping roti. Di rumah? Nasi dan lauk pauk. =) Berbuka pula pelbagai, kadang kala jika tahap kemalasan di tahap melampau kemungkinan berbuka dengan hanya roti atau biskut pun boleh jadi terutamanya apabila berada di bumi kuantan.


Enam tahun rupanya telah berlalu…pastinya perbezaan itu sangat terasa. Ada baik dan ada kurangnya. Apapun, setiap yang dilalui itu pasti terpahat di hatiku. Tidak kiralah di rumah mahupun di mana sahaja diriku sudah mahupun bakal berada. Akan kurindui detik-detik itu. Ramadhan bakal pergi…entah berjumpa atau tidak diriku dengan ramadhan yang seterusnya. =”) Moga ramadhan ini lebih baik ya Ilahi…andai tidak, jika diberikan kesempatan Ramadhan yang akan datang, berilah diriku kekuatan agar diriku tetap menjadi pengejar dan perindu redha-Mu…amin...

Salam ramadhan buat semua…=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Wednesday, August 24, 2011

Mari bersiar-siar...=)


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi dengan keizinan-Nya, diriku mampu mencuri masa untuk menyusun semula laman blog yang telah lebih kurang setahun ditinggalkan...Semalam dan hari ini melakukan kerja-kerja 'menghias' blog kesayanganku ini...=p Masih kekok untuk mencoret memandangkan setahun lebih diriku menyepi. Hehe. Kini diriku masih 'bersiar-siar' dari satu blog ke satu blog yang lain...Buat sahabat-sahabat yang masih mampu untuk menulis dan terus berkongsi ilmu dan pengalaman, tahniah dan syabas! Moga diriku terus diberikan kekuatan untuk menulis dan berkongsi seperti mereka...

Semut tetap di hati...hehe...jangan mara a...=D

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam

Wednesday, June 29, 2011

Pejam celit pejam celit

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Pejam celit, pejam celit (pejam celik pejam celik)...hampir sebulan sudah diriku berada di bumi Miri ini. Kadang kala di rumah, kadang kala membantu di bakeri kakak ku. Masih terumbang ambing rasanya masih tidak mempunyai pekerjaan ataupun fokus yang tetap. Barulah terasa cabaran selepas habis pengajian walaupun baru sedikit.

Apa yang diriku inginkan dalam kehidupan ini? Pelbagai perencanaan dicadangkan oleh segenap pihak yang prihatin terutamanya ibu dan ayahku, ahli keluarga yang lain...ku fikir, sahabat-sahabatku di mana sahaja mereka berada juga begitu. Kadang kala menyedapkan hati..."sik apa, baruk jak sebulan di rumah (takpe, baru je sebulan kat rumah)". Tapi harus sentiasa mengingatkan diri bahawa sebulan bakal berlalu...masa takkan berhenti untuk memberikan peluang untuk memilih dengan selesanya...=)

Apa-apa pun, pilihan itu ada di hadapan mata, cuma untuk membuat pilihan yang sewajarnya itu penting...Mohon petunjuk dari-Mu ya Ilahi... sesungguhnya diriku masih keliru..keliru tentang apa yang harus dan bagaimana untuk ku tempuhi...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

p/s: Masih mencari rentak menulis seperti dulu...hehe

Wallahualam

Tuesday, June 7, 2011

I'm back...=D

In the name of Allah, the Most Gracious the Most Merciful...

O Allah...its been a year i didn't manage to update anything in my lovely blog...and now i think, i'm back...not only to blog but to my hometown for good insyaALLAH...

Give me some time within this few days or at least a week to restructure back this blog so that i have a new time to write like what i used to do last time...=D

Anyway, i'll have a year story to be fit inside this blog just to share what i need to be share...=)

Thank u sooo much for visiting this blog even though the filling is not that good.hehe...

I pray for our happiness and strength to go through this challenging world for a good ending and a sweet beginning later...amin...

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

::anNamlatuN::