Thursday, December 25, 2008

Kenangan terindah...=)

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…

Cuti kali ini sebenarnya lebih panjang daripada kebiasaan, namun rasa tidak mahu menghabiskan cuti ni juga lebih daripada kebiasaan. Seperti mimpi, masa berlalu dengan terlalu cepat. Pejam celik, pejam celik diriku sudahpun berada di Kuantan hampir seminggu. Satu hakikat yang harus ku terima dengan hati yang terbuka.

Lega sedikit (buat masa sekarang) kerana tiada kelas yang dijadualkan pada hari sabtu dan ahad. Mudah-mudahan itulah yang bakal berlaku sepanjang semester ini. Bukan bosan dengan kelas hujung minggu, tetapi diriku ingin menggunakan masa hujung minggu itu sebagai medan untuk diriku menyusun atur diriku selama seminggu yang telah berlalu.

I do think that this is the time I have to regain back myself. It’s not I’m not myself now…but I am lagging way back then what I’ve expected I should achieve right now.

Satu perkongsian, satu peristiwa yang berlaku ketika diriku berada di dalam kapal terbang dari Kuala Lumpur ke Kuantan. Ingat lagi tika itu, tempat duduk ku 17A (MAS ya bukan AirAsia ataupun Bulan Restu…hehehe). Pada mulanya tak ada orang yg duduk disebelahku. Dan diriku sentiasa berdoa, agar bukan seorang lelaki yang bakal memenuhi tempat duduk itu.

Syukur ya Allah…tempat itu milik sepasang suami isteri. Kebetulan mereka baru sahaja sampai daripada menunaikan haji. Umur dia rasanya dalam awal 50-an mungkin, maka diriku bersiap sedia untuk memanggil mereka makcik dan pakcik atas sebarang kemungkinan mereka ingin berbual. Diriku pula pada masa itu masih dalam keadaan suka termenung dan malas nak berbual.

Malu ada jugak kerana makcik yang duduk di sebelahku jenis yang peramah. Bertanya diriku daripada mana, belajar kat mana, dia bagi tahu yang anaknya, bakal menempuhi SPM tahun depan di SBPI Kuantan, dua orang anaknya kini berada SBPI itu… dan tak kurang jugak diriku ditanya dengan soalan-soalan yang bertubi2…huhu…

Saat kapal terbang mula untuk terbang, dia menghulurkan gula-gula ‘Mentos’. Ku tadahkan saja tangan, tengok2 bila mentos tu degil nak keluar, dia bagi semua. Ya Allah…segan pulak…

Perbualan berlaku sekali sekala…diriku lebih banyak mengelamun…huhu…

Tiba-tiba idea muncul!!! Saat kapal terbang mendarat, diriku mengambil peluang untuk mengambil satu plastik (plastic Eraman yang diperoleh ketika abang membeli air mineral d KLIA…=p) dan meletakkan dua Mini Loaf Cheese yang dibekal daripada Morni Bakery…=). Lantas ku hulurkan kepada makcik sebagai tanda terima kasih (untuk mentos) dan ingin berkongsi salah satu keunikan Miri.he…

MasyaAllah…rezeki Allah datang dari arah yang tidak disangka-sangka…tiba-tiba makcik menyarungkan diriku dengan seutas gelang yang dibelinya daripada Mekah ku kira. Gelang yang diperbuat daripada kayu koka…Terkedu dan segan lagi…Pertama kali menerima hadiah daripada seorang yang tidak dikenali. Lebih-lebih lagi, diriku bukan seorang yang suka memakai aksesori seperti gelang atau cincin, subang mahupun rantai. Namun, pemberian itu sungguh bermakna buat diriku. Mudah-mudahan diriku berpeluang untuk membeli sendiri gelang koka seperti yang ku peroleh itu sendiri di Bumi Mekah satu hari kelak…

Mudah-mudahan makcik dan pakcik yang kutemui itu memperoleh haji yang mabrur dan anak-anaknya menjadi salah seorang daripada penyumbang kegemilangan Islam. Dan mudah-mudahan Allah melindungi mereka dan memberikan kejayaan dunia dan akhirat. Amin…

“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam

2 comments:

tusky said...

=)..
barangkali
itu adalah motivasi
sentiasa kejar redha Ilahi
Ilahi xpernah mungkir janji
InsyaAllah..

annamlatun said...

insyaALLAH satu permulaan untuk peningkatan motivasi yang berterusan untuk semester ni....=)

sama-samalah kita mengekalkan tahap motivasi yang diperoleh pada awal semester sehingga ke hujungnya...=)