Monday, May 26, 2008

Berapa nilai air mata kita?



Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Setiap hari yang berlalu ketika berada di rumah, ada sahaja peluang untuk menonton televisyen. Setiap kali mempunyai peluang tersebut, pasti akan disajikan dengan adegan tangis-menangis (rasanya kata ganda ini tidak wujud). Kalau pada zaman dahulu kita akan hanya melihat tangisan akan menghiasi kaca televisyen ketika melihat cerita-cerita Melayu ataupun cerita Hindustan ketika hero dan heroin nya berpisah ataupun di ambang kematian. Akan tetapi, dewasa ini, tidak perlu menunggu drama Melayu ataupun tayangan gambar Hindi. Cukup dengan sebuah rancangan realiti TV, kita akan mampu melihat adegan tangis-menangis. Pada mulanya, ingatkan perkara tersebut hanya berlaku pada rancangan realiti TV untuk bidang hiburan. Rupa-rupanya, fenomena kini sukar untuk difahami. Pelik campur hairan, apabila adegan yang sama turut kelihatan dalam rancangan realiti TV memilih pemain bola sepak untuk kanak-kanak (maaf, saya pun kurang ingat tajuk penuh rancangan tersebut). Begitu murahkah air mata kita? Berbaloikah air mata kita dikeluarkan atas tujuan menunjukkan keberkesanan rancangan-rancangan ini bermain dengan emosi kita? Yang paling tak tahan apabila babak tangis-menangis itu bukan hanya ’diserikan’ oleh kaum hawa, malah kaum adam juga turut serta! Aduhai bangsaku...aduhai... alangkah bagusnya andai air mata itu kita alirkan ketika kita bersujud memohon ampun atas segala dosa yang kita lakukan. Yang saratnya tidak kita ketahui. Alangkah indah dan bagusnya, andai air mata itu dititiskan kerana takut ibadah dan amal kita tidak diterima oleh-Nya dan bukan kita menangis kerana kita tidak diterima untuk memasuki pertandingan nyanyian ataupun lakonan. Jika kita bandingkan nilai air mata kita dengan pejuang agama dan bangsa satu ketika dahulu, alangkah jauhnya beza nilai harga air mata kita dan harga air mata mereka. Sama-samalah kita kembali mengkoreksikan diri. Teguran terutamanya buat hati ini dan semua...

Sedikit perkongsian;

Hikmat air mata;

1- Setitis air mata keinsafan mampu memadamkan api neraka.

2- Titisan air mata mampu memadamkan titik-titik hitam dalam hati kita.

3- InsyaAllah, apabila kita berdoa, kita menangis merupakan salah satu tanda doa kita dimakbulkan.

”Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”

Wallahualam.

1 comment:

SignsOfGod said...

betul tu wani, masa tgk rancangan tu... terfikir dan terhairan jugak. erk... ada byk lagi perkara lain yg jauh lebih besar utk ditangiskan.
sedih sket..
kesian pun ade jugak..
hmm.. yg pentingnya sbg seorang dai'e, kitalah yg perlu mengingatkan dan menyedarkan mrk ttg hakikat tujuan hidup ini dan perkara sebenar yg menjadi fokus kehidupan.
byk gik kerja perlu dipolah
bermula dgn memperbaiki diri sendiri..