Monday, June 30, 2008
under renovation....
i am trying to work out with the 3 column blog for the time being...so things will be a bit not very well organize. hope i can settle up as fast as i can.
sori 4 the inconvenience.tq
Thursday, June 26, 2008
Demo?
Mungkin kerana tertarik oleh cara mereka menerangkan fungsi dan kelebihan produk yang dijual atau mungkin kerana perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, maka ramailah pengunjung-pengunjung yang mendengar dengan khusyuk sekali penerangan yang dilakukan. Ketika terpandang wajah-wajah mereka yang mempunyai minat untuk mendengar ini, terdetik di dalam hati ; “alangkah bagusnya kalau kita mendengar dan diam dengan penuh kosentrasi apabila mendengar azan berkumandang, tak kiralah azan secara ‘live’ ataupun di radio ataupun televisyen”.
Fenomena kini, menghormati azan merupakan salah satu perkara yang semakin dipandang enteng. Jika sebelum azan, tak ada topik yang ingin dibualkan. Tetapi bermulanya pada saat azan mula dilaungkan oleh muazzin, tiba-tiba idea dating mencurah-curah dan tak boleh ditahan-tahan lagi untuk bercakap. Pernah terbaca dalam satu e-mail yang telah sudi dikongsikan oleh rakan yang mengatakan bahawa orang yang bercakap ketika azan dilaungkan, mulutnya akan terkatup rapat ketika nyawa hendak dicabut…na’uzubillah… moga-moga kita dipelihara daripada keadaan ngeri seperti itu apabila saat nyawa ini ditarik kelak.
Pepatah Inggeris ada menyatakan “Prevention is better than cure”. Memang patut kita melakukan langkah-langkah pencegahan iaitu dengan mengekang nafsu kita. Marilah kita sama-sama melatih kesabaran diri kita dalam semua hal. Dan marilah kita sama-sama menghormati azan. Tak rugi pun kalau kita mendengar azan dan menjawabnya. Bukan hanya mendapat pahala, malah boleh mengelakkan diri daripada mendapat dosa andai kita tersalah kata.
Wallahualam...
Wednesday, June 25, 2008
Iklan...oh...iklan....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...
Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam…yang menciptakan alam, yang memberikan udara untuk terus dihirup dan dihembuskan. Terasa agak lama jari-jemari ini tidak bersenam di atas papan kekunci ini. Pagi ini, pagi yang indah.Mudah-mudahan hari yang sudah mula hangat disimbahi cahaya sang mentari merupakan satu lagi hari yang menarik yang mampu untk dimanfaatkan sepenuhnya.Insya-Allah…
Sedang leka menonton televisyen, ada sesuatu yang bermain di mindaku. Kadang-kadang terasa bosan kerana terpaksa menunggu iklan yang meleret-leret yang mungkin apabila dikira, bilangan waktu siaran sesebuah rancangan mungkin hanya sekitar setengah daripada waktu siaran yang sepatutnya. Namun, saya menyedari bahawa rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang mampu untuk menghasilkan iklan yang menarik dan mencuit hati. Tapi tak kurang juga iklan yang menyakitkan hati!
Iklan-iklan yang bagus selalunya boleh kita lihat semasa musim-musim perayaan. Selalunya iklan-iklan yang mampu menarik perhatian ramai adalah iklan hari raya yang diterbitkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petronas dan TV3 sendiri. Namun, ada sesetengah iklan yang apabila ditayangkan, mampu mengundang rasa sakit hati dan rasa-rasa yang menunjukkan rasa tidak suka.
Tujuan sesebuah ilan ditayangkan, pada hemah saya adalah untuk memperkenalkan sesebuah produk kepada masyarakat. Maka, seiap yang ditayangkan itu perlulah menggambarkan kualiti sebenar produk tersebut agar pengguna tidak akan membeli semata-mata kerana tertipu dengan iklan yang ditunjukkan. Pernah tak kita terfikir tentang keberkesanan produk tersebut ketika menonton iklannya di kaca televisyen? Terdapat satu produk yang memang mengejutkan saya. Sebuah iklan peluntur yang menunjukkan betapa berkesannya produk tersebut memutihkan baju putih kita. Apabila dicaampurkan dengan air, fuh...tindak balas yang terjadi...mak ai...kalau serbuk pencuci ini terkena kepada kulit, mesti kulit pun putih jugak agaknya...bahan-bahan yang digunakan tentu bahan-bahan yang reaktif yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekeliling.
Bukan hanya produk merah jambu ini sahaja yang mengandungi bahan-bahan reaktif dalam penghasilannya. Malah, terlampau banyak produk kini yang mengandungi bahan yang berbahaya tetapi tidak disedari oleh pengguna kerana dikaburi oleh keberkesanannya. Kita sedar atau tidak, di dalam produk kecantikan di masukkan merkuri yang sangat berbahaya. Andai kita menggunakan produk yang sama selama 5 bulan atau 5 tahun, berapa banyak unsur-unsur kimia yang berbahaya ini terkumpul di dalam badan kita.
Saya tidak mengatakan bahawa kita tidak boleh mempercayai apa yang ditunjukkan dalam sesebuah iklan. Tetapi, marilah kita menjadi pengguna yang bijak. Yang mempunyai pengetahuan tentang produk mana yang bagus dan selamat untuk kita gunakan. Sesungguhnya, tiada ruginya kita mempunyai ilmu tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hidup kita. Sememangnya ada di sebut dalam al-Quran;
Dalam Surah al-Mujadalah ayat ke-11, Allah telah berfirman,
Maksudnya: ’Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama(dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.’
Tuesday, June 17, 2008
Seindah suria...=)
Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….
Ingatkan peluang untuk menikmati sinaran sang mentari hanya dapat dilihat di bilik ku di Kuantan. Maha Suci Allah, Dialah Yang Menciptakan sang mentari itu. Petang ini, buat sekian lamanya, rupa-rupanya, bilikku di Pujut 9 ini turut berpeluang menikmati keadaan yang sama walaupun sudah ada penghadang untuk mengelakkan sinaran matahari yang terlampau terik pada sebelah tengah hari.
Matahari? Antara komponen terpenting bagi kita. Sebagai sumber cahaya di siang hari dan juga di malam hari (melalui pantulan cahayanya kepada sang rembulan), sumber tenaga yang bakal menguja photon-photon dalam daun yang akan mengakibatkan proses fotosintesis untuk berlaku. Menyebut tentang fotosintesis, teringat akan kata-kata pensyarahku semester yang lepas, yang mengajarku Biokimia. Salah seorang pensyarah kegemaranku kerana kaya dengan ilmu yang bermanfaat. Agak berumur, namun kemampuannya untuk mengingat segala fakta yang terperinci walaupun perkara tersebut dipelajarinya ketika masih dalam pengajian. Walaupun bab fotosintesis tidak disenaraikan dalam ’course outline’ matapelajaran tersebut, namun dia tetap bekeras menegaskan bahawa ”photosynthesis is the most important biochemical process”. Katanya, tanpa adanya fotosintesis, proses biokimia yang lain takkan wujud.
Tanpa proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan tidak akan tumbuh kerana melalui proses fotosintesislah tumbuhan memperoleh makanan mereka. Tanpa tumbuhan, maka tidak adalah makanan buat haiwan-haiwan dan juga manusia. Pernahkah kita merasa bersyukur apabila melihat sang mentari atau sekadar kita mengutuk-ngutuk kepanasan dan kehangatan yang disebabkan oleh haba daripada matahari? Bersabarkah kita dengan ujian rasa panas Allah disebabkan si bintang kecil ini? Pernahkah kita terbayang akan keadaan yang kita bakal tempuhi ketika di padang mahsyar nanti. Tika itu, jarak antara matahari dan kepala kita hanya sejengkal. Menggelegak otak... Dengan masih ada peluang untuk beramal dan bertaubat ini, rebutlah...sama-samalah kita merebut peluang ini wahai teman...andai terasa keseorangan, kita masih ada Dia tempat kita memohon ampun dan memohon taubat. Sesungguhnya Dia-lah Maha Penerima Taubat. Bersabarlah dengan dugaan-Nya...apa yang lebih penting adalah kehidupan kita di negeri abadi itu nanti...Ya Allah, mudah-mudahan kita diselamatkan tika masanya di padang Mahsyar tiba nanti ya Allah...moga hamba-Mu ini turut menjadi tetamu syurga-Mu ya Rahman ya Rahim... Amin ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin...
Thursday, June 12, 2008
Evolusi?
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Kata orang, salah satu jenis kesakitan yang tidak sanggup untuk manusia hadapi ialah sakit gigi. Mungkin ada kebenarannya…Secara teorinya, di usia 21 tahun ini, sebatang gigi yang bernama Wisdom tooth dijadualkan tumbuh.mungkin itulah yang menyebabkan gusi diri ini terasa bengkak dan ngilu. Sudah 2 hari perkara ini berlaku. Dan di hari yang kedua ini, ke’ngilu’annya terasa lebih daripada hari semalam. Takpa2…saya kira sebagai salah satu pengalaman manis yang harus dikenang sepanjang hayat.hehe.
Kali ini, jari-jemari ini menari bukan untuk menulis lebih lanjut lagi tentang pengalaman pertama mempunyai masalah dengan gusi yang bengkak kerana Wisdom tooth nak tumbuh, tetapi kali ini rasa terpanggil untuk menulis sedikit tentang serangga lagi? Hehe. Sebenarnya diri ini terfikir sejenak, kenapa orang harus percaya dan mengambil teori evolusi yang diperkenalkan kepada kita oleh seorang amatur yang hanya membuat teori sekadar melalui pemerhatian terhadap alam sekeliling? Yang hairannya, semua orang tanpa berfikir panjang mengiyakan teori ini… membenarkan bahawa manusia berasal daripada keluarga beruk, mengiyakan setiap benda yang ada di dunia ini berasal daripada habuk dan kumbang, mengiyakan kita berasal daripada buih-buih dilautan yang terevolusi menjadi benda-benda yang konkrit seperti yang kita nampak kini. Kenapa ya?
Jika orang bertanya kepada saya, apa yang menarik sangat tentang serangga sehinggakan serangga itu menjadi buah hati pengarang jantung anda? Dengan yakin dan percayanya saya kepada serangga, saya akan menjawab…saya menyukai dan menyayangi serangga kerana serangga merupakan salah satu perkara yang membuktikan bahawa teori evolusi itu merupakan satu teori yang salah, yang tak logic, yang tak patut diterima pakai oleh siapa-siapa pun didunia ini. Kenapa? Apa yang telah dilakukan oleh serangga sehinggakan boleh membuktikan bahawa teori ini ada banyak pincangnya? Serangga tidak melakukan apa-apa, dan kerana itulah serangga telah berjasa. Pening? Nasib baik saya tidak…hehe…
Teori evolusi mengatakan bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan terselamat daripada persaingan antara satu sama lain. Teori evolusi juga menyatakan bahawa setiap benda mengalami evolusi sehingga mencapai tahap menjadi seorang manusia. Contohnya, seekor ikan di air, akan naik ke darat dan akan tumbuh kaki pada ikan itu membentuk biawak dan seterusnya. Jika mengikut logic akal, pasti terdapat haiwan-haiwan yang terkorban dalam proses pertukaran tersebut. Tetapi, apa yang dapat kita lihat pada serangga, bentuk fosil serangga dan serangga yang dapat kita lihat pada zaman ini, pada tahun ini adalah sama dengan serangga yang wujud beratus-ratus tahun yang lampau.
Inilah indahnya apabila kita diberikan nikmat yang sungguh besar oleh Allah s.w.t iaitu nikmat Iman dan Islam. Menyedari hakikat bahawa kita ini adalah seorang hamba yang diciptakan oleh Maha Pencipta. Yang tanpa izin-Nya, kita tidak akan dapat melihat dunia ini, dan tidak akan dapat menikmati segala yang kita nikmati kini. Telah jelas dinyatakan di dalam kalam-Nya;
Dan kita telah diciptakan dengan tujuan yang tertentu,
Firman Allah;
Maksudnya: ”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz-Zariyat:56)
Maksudnya: ”(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali”
(Al-Alaq:8)
”Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam
Monday, June 9, 2008
A place called Bungai...
It is quite sometimes i didnt practice my English and within less than one month, i'm going back to campus and i will have no choice but to speak and write in english. huhu...it have been a week ago where i had the opportunity to go sight seeing with my family. It's been a long time since the last time i went to one of Miri district, that is Bekenu area.
the journey starts at 9 am (i think so...around that area lah...) with our silver Viva...it will take us for about 45 min - 1 hour to reach there. But before we are heading to Bekenu, we went to the beach area, named Bungai. =) since i reached Miri, this was the first time i had the opportunity to leave my footprints on the sandy beach. Masya-Allah...walla! beautiful scenery...with many families enjoying themselves picnic and having happy time swimming in the sea...
the advertisement always says; Sarawak...place like no other...
i do think that i have to absolutely agree with it...=)
wallahualam...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Friday, June 6, 2008
Tarian jariku...
rasanya dah lama jari-jari ini tidak menari di atas papan kekunci laptop ku ini. Beberapa hari kebelakangan ini jari-jari ini telah 'gian' untuk menekan pada tetikus semata-mata untuk memenangi permainan pc 'puzzle quest'. alahai diriku...apa nak jadi...cuti yang ada terasa lama kali ini. mungkin kerana kelemahan diri dalam mencari perkara yang boleh dilakukan. terlalu banyak sebenarnya, sama ada kita mahu atau tidak.
sungguhpun begitu, berhasil jugak untuk membaca sehelai dua daripada buku "Outline to entomology"...masih ada keazaman yang jitu untuk kenal dengan lebih dekat makhluk Allah yang digemariku itu. selama berada di Kuantan, masih belum sempat membelek dengan lebih terperinci dan lebih kerap isi yang terkandung di dalam buku itu. Terasa terpanggil untuk membelek bab 6, iaitu 'Life Histories and Development'. selama ini, apabila membayangkan tentang life histories, cuma yang terbayang di minda hanyalah kitar hidup serangga itu dari segi metamorfosisnya. dan development itu, cuma terbayang tentang ekdisis ataupun proses bersalin kulit yang dilalui oleh serangga-serangga yang melalui metamorfosis tidak lengkap. Akan tetapi, rupa-rupanya, banyak lagi yang berkait rapat dengan tajuk ini. Fuh...dalam hati, "ini baru outline to entomology...entah macam mana perasaan orang yang benar2 belajar tentang tajuk ini secara mendalam! wah...seronoknya...". tapi pening...huuhu...terlalu banyak fakta. ya Allah..kuatkanlah hatiku untuk mendalami ilmu ini. buku ini akan menemaniku di Kuantan kelak. Moga-moga ketika di sana nanti masih berpeluang untuk membelek dan menambah ilmu yang ada sedikit demi sedikit walaupun pelajaran yang berdaftar masih ada...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...