Wednesday, June 25, 2008

Iklan...oh...iklan....

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...

Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam…yang menciptakan alam, yang memberikan udara untuk terus dihirup dan dihembuskan. Terasa agak lama jari-jemari ini tidak bersenam di atas papan kekunci ini. Pagi ini, pagi yang indah.Mudah-mudahan hari yang sudah mula hangat disimbahi cahaya sang mentari merupakan satu lagi hari yang menarik yang mampu untk dimanfaatkan sepenuhnya.Insya-Allah…

Sedang leka menonton televisyen, ada sesuatu yang bermain di mindaku. Kadang-kadang terasa bosan kerana terpaksa menunggu iklan yang meleret-leret yang mungkin apabila dikira, bilangan waktu siaran sesebuah rancangan mungkin hanya sekitar setengah daripada waktu siaran yang sepatutnya. Namun, saya menyedari bahawa rakyat Malaysia merupakan masyarakat yang mampu untuk menghasilkan iklan yang menarik dan mencuit hati. Tapi tak kurang juga iklan yang menyakitkan hati!

Iklan-iklan yang bagus selalunya boleh kita lihat semasa musim-musim perayaan. Selalunya iklan-iklan yang mampu menarik perhatian ramai adalah iklan hari raya yang diterbitkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB), Petronas dan TV3 sendiri. Namun, ada sesetengah iklan yang apabila ditayangkan, mampu mengundang rasa sakit hati dan rasa-rasa yang menunjukkan rasa tidak suka.

Tujuan sesebuah ilan ditayangkan, pada hemah saya adalah untuk memperkenalkan sesebuah produk kepada masyarakat. Maka, seiap yang ditayangkan itu perlulah menggambarkan kualiti sebenar produk tersebut agar pengguna tidak akan membeli semata-mata kerana tertipu dengan iklan yang ditunjukkan. Pernah tak kita terfikir tentang keberkesanan produk tersebut ketika menonton iklannya di kaca televisyen? Terdapat satu produk yang memang mengejutkan saya. Sebuah iklan peluntur yang menunjukkan betapa berkesannya produk tersebut memutihkan baju putih kita. Apabila dicaampurkan dengan air, fuh...tindak balas yang terjadi...mak ai...kalau serbuk pencuci ini terkena kepada kulit, mesti kulit pun putih jugak agaknya...bahan-bahan yang digunakan tentu bahan-bahan yang reaktif yang mungkin boleh memudaratkan kesihatan manusia dan alam sekeliling.

Bukan hanya produk merah jambu ini sahaja yang mengandungi bahan-bahan reaktif dalam penghasilannya. Malah, terlampau banyak produk kini yang mengandungi bahan yang berbahaya tetapi tidak disedari oleh pengguna kerana dikaburi oleh keberkesanannya. Kita sedar atau tidak, di dalam produk kecantikan di masukkan merkuri yang sangat berbahaya. Andai kita menggunakan produk yang sama selama 5 bulan atau 5 tahun, berapa banyak unsur-unsur kimia yang berbahaya ini terkumpul di dalam badan kita.

Saya tidak mengatakan bahawa kita tidak boleh mempercayai apa yang ditunjukkan dalam sesebuah iklan. Tetapi, marilah kita menjadi pengguna yang bijak. Yang mempunyai pengetahuan tentang produk mana yang bagus dan selamat untuk kita gunakan. Sesungguhnya, tiada ruginya kita mempunyai ilmu tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan hidup kita. Sememangnya ada di sebut dalam al-Quran;

Dalam Surah al-Mujadalah ayat ke-11, Allah telah berfirman,

Maksudnya: ’Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama(dari kalangan kamu) beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang kamu lakukan.’

2 comments:

try in error said...

salaam.. psl iklan, teringatkan salah satu produk telekomunikasi yang menawarkan percutian ke New Zealand. Watak2 yang dipaparkan pula mengandungi unsur-unsur selekeh dan pengotor. sorang suka sangat makan bebola sotong. sorang lagi suka tangkap kuman (sbb sakit selesema kot). yang terasanya, watak-watak tu adalah orang melayu yg sinonim dgn Islam.. erghh geramnya. takleh tunjuk iklan yg lebih sopan dan terhormat ke? sensitif ar..

annamlatun said...

salam,

itulah iklan-iklan yang menjadi kegemaran orang masa kini tanpa memikirkan apa yang ada di sebalik setiap iklan yang ditayangkan....