Thursday, June 12, 2008

Evolusi?

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…


Kata orang, salah satu jenis kesakitan yang tidak sanggup untuk manusia hadapi ialah sakit gigi. Mungkin ada kebenarannya…Secara teorinya, di usia 21 tahun ini, sebatang gigi yang bernama Wisdom tooth dijadualkan tumbuh.mungkin itulah yang menyebabkan gusi diri ini terasa bengkak dan ngilu. Sudah 2 hari perkara ini berlaku. Dan di hari yang kedua ini, ke’ngilu’annya terasa lebih daripada hari semalam. Takpa2…saya kira sebagai salah satu pengalaman manis yang harus dikenang sepanjang hayat.hehe.

Kali ini, jari-jemari ini menari bukan untuk menulis lebih lanjut lagi tentang pengalaman pertama mempunyai masalah dengan gusi yang bengkak kerana Wisdom tooth nak tumbuh, tetapi kali ini rasa terpanggil untuk menulis sedikit tentang serangga lagi? Hehe. Sebenarnya diri ini terfikir sejenak, kenapa orang harus percaya dan mengambil teori evolusi yang diperkenalkan kepada kita oleh seorang amatur yang hanya membuat teori sekadar melalui pemerhatian terhadap alam sekeliling? Yang hairannya, semua orang tanpa berfikir panjang mengiyakan teori ini… membenarkan bahawa manusia berasal daripada keluarga beruk, mengiyakan setiap benda yang ada di dunia ini berasal daripada habuk dan kumbang, mengiyakan kita berasal daripada buih-buih dilautan yang terevolusi menjadi benda-benda yang konkrit seperti yang kita nampak kini. Kenapa ya?

Jika orang bertanya kepada saya, apa yang menarik sangat tentang serangga sehinggakan serangga itu menjadi buah hati pengarang jantung anda? Dengan yakin dan percayanya saya kepada serangga, saya akan menjawab…saya menyukai dan menyayangi serangga kerana serangga merupakan salah satu perkara yang membuktikan bahawa teori evolusi itu merupakan satu teori yang salah, yang tak logic, yang tak patut diterima pakai oleh siapa-siapa pun didunia ini. Kenapa? Apa yang telah dilakukan oleh serangga sehinggakan boleh membuktikan bahawa teori ini ada banyak pincangnya? Serangga tidak melakukan apa-apa, dan kerana itulah serangga telah berjasa. Pening? Nasib baik saya tidak…hehe…


Teori evolusi mengatakan bahawa hanya yang kuat sahaja yang akan terselamat daripada persaingan antara satu sama lain. Teori evolusi juga menyatakan bahawa setiap benda mengalami evolusi sehingga mencapai tahap menjadi seorang manusia. Contohnya, seekor ikan di air, akan naik ke darat dan akan tumbuh kaki pada ikan itu membentuk biawak dan seterusnya. Jika mengikut logic akal, pasti terdapat haiwan-haiwan yang terkorban dalam proses pertukaran tersebut. Tetapi, apa yang dapat kita lihat pada serangga, bentuk fosil serangga dan serangga yang dapat kita lihat pada zaman ini, pada tahun ini adalah sama dengan serangga yang wujud beratus-ratus tahun yang lampau.

Cuba kita bayangkan, andai serangga ini mengalami perubahan dan perubahan ini tentu sahaja bersifat sementara kerana ia akan berubah kepada bentuk yang lain pula. Masakan serangga-serangga ini boleh mempunyai kitar hidup dan system yang kompleks seperti kehidupan lebah, semut, tebuan dan anai-anai yang memang cukup terkenal dengan sarang-sarang yang gah dan cantik. Apa yang kita perlu sedar kini adalah, kita sudah terlampau dipengaruhi oleh system secular yang juga sebenarnya saling berkaitan dengan teori evolusi ini. Apabila kita memisahkan antara perkara keduniaan dengan agama, inilah hasilnya. Kita diajar dengan teori yang cukup memeningkan untuk difahami. Belek sahaja buku berasaskan sains, terutamanya apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Segala-galanya diajarkan dengan penerangan yang kita tercipta daripada evolusi. Saya dengan yakin dan percaya mengumumkan bahawa saya tidak sanggup untuk memikirkan inikan pula nak mengaku bahawa saya berketurunan daripada beruk. Alangkah sedihnya kalau diri ini berasal daripada habuk yang pada hari ini, habuk merupakan salah satu perkara yang perlu dihindari kerana mampu menguja asthma yang ada dalam diri.

Inilah indahnya apabila kita diberikan nikmat yang sungguh besar oleh Allah s.w.t iaitu nikmat Iman dan Islam. Menyedari hakikat bahawa kita ini adalah seorang hamba yang diciptakan oleh Maha Pencipta. Yang tanpa izin-Nya, kita tidak akan dapat melihat dunia ini, dan tidak akan dapat menikmati segala yang kita nikmati kini. Telah jelas dinyatakan di dalam kalam-Nya;


Maksudnya: “Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku”(Al-Alaq:2)

Dan kita telah diciptakan dengan tujuan yang tertentu,


Firman Allah;

Maksudnya: ”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” (Adz-Zariyat:56)


Dan kita sudah pasti akan dipanggil semula kepada empunya diri yang berkuasa penuh terhadap kita ini,


Maksudnya: ”(Ingatlah) sesungguhnya kepada Tuhanmu lah tempat kembali”

(Al-Alaq:8)

”Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”


Wallahualam



No comments: