Tuesday, June 17, 2008

Seindah suria...=)

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang….

Antara perkara yang paling disukai oleh diri ini ialah tatkala cahaya matahari tak kira matahari di pagi hari ataupun matahari yang menghampir melabuhkan diri bagi memberi peluang buat sang rembulan menghiasi langit malam menyinari ruangan bilik. Terasa tenang…pada masa yang sama membunuh kuman2…=)

Ingatkan peluang untuk menikmati sinaran sang mentari hanya dapat dilihat di bilik ku di Kuantan. Maha Suci Allah, Dialah Yang Menciptakan sang mentari itu. Petang ini, buat sekian lamanya, rupa-rupanya, bilikku di Pujut 9 ini turut berpeluang menikmati keadaan yang sama walaupun sudah ada penghadang untuk mengelakkan sinaran matahari yang terlampau terik pada sebelah tengah hari.

Matahari? Antara komponen terpenting bagi kita. Sebagai sumber cahaya di siang hari dan juga di malam hari (melalui pantulan cahayanya kepada sang rembulan), sumber tenaga yang bakal menguja photon-photon dalam daun yang akan mengakibatkan proses fotosintesis untuk berlaku. Menyebut tentang fotosintesis, teringat akan kata-kata pensyarahku semester yang lepas, yang mengajarku Biokimia. Salah seorang pensyarah kegemaranku kerana kaya dengan ilmu yang bermanfaat. Agak berumur, namun kemampuannya untuk mengingat segala fakta yang terperinci walaupun perkara tersebut dipelajarinya ketika masih dalam pengajian. Walaupun bab fotosintesis tidak disenaraikan dalam ’course outline’ matapelajaran tersebut, namun dia tetap bekeras menegaskan bahawa ”photosynthesis is the most important biochemical process”. Katanya, tanpa adanya fotosintesis, proses biokimia yang lain takkan wujud.

Tanpa proses fotosintesis, tumbuh-tumbuhan tidak akan tumbuh kerana melalui proses fotosintesislah tumbuhan memperoleh makanan mereka. Tanpa tumbuhan, maka tidak adalah makanan buat haiwan-haiwan dan juga manusia. Pernahkah kita merasa bersyukur apabila melihat sang mentari atau sekadar kita mengutuk-ngutuk kepanasan dan kehangatan yang disebabkan oleh haba daripada matahari? Bersabarkah kita dengan ujian rasa panas Allah disebabkan si bintang kecil ini? Pernahkah kita terbayang akan keadaan yang kita bakal tempuhi ketika di padang mahsyar nanti. Tika itu, jarak antara matahari dan kepala kita hanya sejengkal. Menggelegak otak... Dengan masih ada peluang untuk beramal dan bertaubat ini, rebutlah...sama-samalah kita merebut peluang ini wahai teman...andai terasa keseorangan, kita masih ada Dia tempat kita memohon ampun dan memohon taubat. Sesungguhnya Dia-lah Maha Penerima Taubat. Bersabarlah dengan dugaan-Nya...apa yang lebih penting adalah kehidupan kita di negeri abadi itu nanti...Ya Allah, mudah-mudahan kita diselamatkan tika masanya di padang Mahsyar tiba nanti ya Allah...moga hamba-Mu ini turut menjadi tetamu syurga-Mu ya Rahman ya Rahim... Amin ya Allah...Amin Ya Rabbal Alamin...

No comments: