Mungkin kerana tertarik oleh cara mereka menerangkan fungsi dan kelebihan produk yang dijual atau mungkin kerana perasaan ingin tahu yang sangat tinggi, maka ramailah pengunjung-pengunjung yang mendengar dengan khusyuk sekali penerangan yang dilakukan. Ketika terpandang wajah-wajah mereka yang mempunyai minat untuk mendengar ini, terdetik di dalam hati ; “alangkah bagusnya kalau kita mendengar dan diam dengan penuh kosentrasi apabila mendengar azan berkumandang, tak kiralah azan secara ‘live’ ataupun di radio ataupun televisyen”.
Fenomena kini, menghormati azan merupakan salah satu perkara yang semakin dipandang enteng. Jika sebelum azan, tak ada topik yang ingin dibualkan. Tetapi bermulanya pada saat azan mula dilaungkan oleh muazzin, tiba-tiba idea dating mencurah-curah dan tak boleh ditahan-tahan lagi untuk bercakap. Pernah terbaca dalam satu e-mail yang telah sudi dikongsikan oleh rakan yang mengatakan bahawa orang yang bercakap ketika azan dilaungkan, mulutnya akan terkatup rapat ketika nyawa hendak dicabut…na’uzubillah… moga-moga kita dipelihara daripada keadaan ngeri seperti itu apabila saat nyawa ini ditarik kelak.
Pepatah Inggeris ada menyatakan “Prevention is better than cure”. Memang patut kita melakukan langkah-langkah pencegahan iaitu dengan mengekang nafsu kita. Marilah kita sama-sama melatih kesabaran diri kita dalam semua hal. Dan marilah kita sama-sama menghormati azan. Tak rugi pun kalau kita mendengar azan dan menjawabnya. Bukan hanya mendapat pahala, malah boleh mengelakkan diri daripada mendapat dosa andai kita tersalah kata.
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment