Ya Allah...hanya kepada-Mu aku bersyukur... setelah pelbagai perancangan yang dibuat dan segala perkara yang menyesakkan jiwa dan segala yang merindokkan rasa akhirnya terlerai dan dapat menarik nafas lega...akhirnya, 24 dan 25 Januari...Kembara Kuantan Hewi 2009 berjaya dilaksanakan dengan izin-Nya...
Suk ati rasa...bila bertemu dengan rakan-rakan seramai 19 orang daripada pelbagai kampus di Kuala Lumpur dan Selangor. Ya Allah...lega...tak mampu untuk dibayangkan dengan kata2...syukur...kerana mereka selamat sampai ke Kuantan kira-kira pada pukul 2.30 PAGI!!!
Mungkin kerana keletihan, diriku tidak menahan mata yang mengantuk...tidak dapat tidak, diriku melelapkan mata sekitar 12 tengah malam. Ingatkan nak tunggu sehingga mereka sampai. Nampaknya, keletihan lebih menguasai diri...huhu...pada ketika itu, diri terbangun semula pada pukul 2++ kerana mendengar suara Kak Ayat dan Kak Zaiti yang bersedia untuk menjemput sahabat-sahabatku di Terminal.
Tiada yang mampu dilakukan selain bersujud kepada-Nya...sampai sahaja mereka di rumah tumpangan kami yang merupakan rumah staf UIA kenalan Kak Zaiti dan Kak Ayat, terasa ingin mengalirkan air mata kesyukuran kerana mereka diizinkan oleh-Nya untuk sampai ke bumi Kuantan. Letih+seronok...setelah menguruskan khidmat diri dan ada diantaranya solat isyak, mereka pun belayar di alam mimpi, merehatkan badan yang letih.
24 Januari...hari program...Usai solat subuh, sesi menghantar sahabat2ku masuk ke UIA Kuantan tiba...Pagi itu hujan...maka sampai sahaja mereka di bilik ku, mereka dibiarkan membersihkan diri dan bersiap sedia untuk aktiviti-aktiviti yang seterusnya...Taaruf, pengisian 1 dan 2 menjadi input bagi mereka...
Petang itu, keseronokan kembali memuncak apabila kami hendak bertolak ke Teluk Cempedak...Lebih kurang 5-6 kereta yang menghantar para peserta ke tempat letak bas. Kerana dengan baslah (bas yang digunakan untuk pergi dan balik Kuala Lumpur-Kuantan) kami akan bergerak ke TC. Kegembiraan jelas terpancar di wajah mereka. Walaupun letih, namun angin pantai sungguh menyegarkan. Petang itu, telematch diadakan. Ramai...mungkin sebab cuti. Maka pada mulanya kami mencari kawasan yang lebih tenang daripada orang ramai. Untuk ke situ,kami perlu melalui satu jarak jambatan kayu...Sampai melihat alam sekeliling dan masyarakat yang ada di situ...Sampai sahaja di lokasi yang dihajati...Ju mula mengatur segala keperluan...
TIBA-TIBA!!!! "Monyet!!!! Beg...Beg..." hehehe..itulah TC. Pengalaman yang mengejutkan semua yang ada. Bagi diriku, itu adalah pengalaman yang kedua...Tapi tentu sronok kan dapat peluang di kacau oleh beruk...hehehe...akhirnya, kami berpatah balik ke kawasan ramai orang. Alhamdulillah telematch tetap dapat dijalankan...
Setelah itu, para peserta diberi peluang bersiar-siar di kawasan TC sampai pukul 6.30...
Malam pula kami menonton VCD Sang Murobbi...namun...huahuahua...diriku kalah dek mata lagi...huhu...puas menahan diri.namun, tidak dapat jua. Hampir setangah daripada sesi itu diriku terlena dengan rasa bersalah. Mun kerana terlampau letih bermain di pantai.huhu...
25 Januari- Kami berjaya bangun Qiam dan sedikit tazkirah berantai sebelum diriku dan teman-teman yang lain membawa sahabat-sahabatku bersiar-siar di sekitar kampus. Angin yang sedap...cuaca yang redup sesuai sekali bagi kami...pada pukul 9++ kami kembali semula ke blok tempat penginapan untuk sarapan dan slot resolusi yang merupakan slot yang terakhir.
Pada pukul 11 pagi, sekali lagi, 5 kereta menhantar mereka ke tempat letak bas. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan... Pilu dan terselit rasa sedikit kasihan kepada mereka kerana hanya dalam jangka yang singkat sahaja mereka dapat berada di Kuantan...mudah-mudahan ukhuwwah yang tersemai itu mampu untuk diteruskan dan disebar luaskan...
Mudah-mudahan ada lagi program seumpama ini, mungkin di kemudian hari bukan KKH, mungkin KTH (Kembara Terengganu Hewi), ataupun K2PH (Kembara Pulau Pinang Hewi) di masa yang akan datang..hehehe...
Teruskanlah perjuangamu wahai teman...Bumi Kenyalang terus dan tetap menanti akan kita!!!
Akhir sekali, secara peribadinya, diriku ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada
Komiti-komiti Kuantan yang bertungkus lumus (Kak Ayat & the geng)...
Comel & the geng (Komiti Gombak)...
Kak Zaiti & Kawan-kawan nya yang sudi menghantar ke tempat bas...
Zana yang berusaha mencari dan follow up peserta walaupun dia sendiri tidak dapat hadir...
Qiqi yang sudi meminjamkan kereta...
Mun-mun yang sudi meninggalkan modem..(kalu tak, tak dapat nak update secepat ini...)
Kwn-kawan seblok yang meminjamkan bilik, comforter dan barang2 lain...
dan kepada sponsor-sponsor yang sudi menghulurkan bantuan kewangan...
tidak lupa juga kepada SEMUA peserta KEMBARA KUANTAN HEWI 2009...
Comel & the geng (Komiti Gombak)...
Kak Zaiti & Kawan-kawan nya yang sudi menghantar ke tempat bas...
Zana yang berusaha mencari dan follow up peserta walaupun dia sendiri tidak dapat hadir...
Qiqi yang sudi meminjamkan kereta...
Mun-mun yang sudi meninggalkan modem..(kalu tak, tak dapat nak update secepat ini...)
Kwn-kawan seblok yang meminjamkan bilik, comforter dan barang2 lain...
dan kepada sponsor-sponsor yang sudi menghulurkan bantuan kewangan...
tidak lupa juga kepada SEMUA peserta KEMBARA KUANTAN HEWI 2009...
p/s: InsyaAllah gambar akan diupload dalam entri yang seterusnya...=D sabar a...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =)
Wallahualam....
2 comments:
alhamdulillah... teruskan bersemangat! ;)
wah...KTH...K2PH..moga Allah terus berik kekuatan..
Post a Comment