Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Sejak dua menjak ini, dalam diri sering kali menuturkan..."kalau bagi tau ni, kedengaran macam alasan..." lalu kata-kata yang ingin dikeluarkan itu bakal tidak terluah sampai ke sudah.
Kadang-kadang rasa tak patut untuk memberikan alasan, kerana punca alasan itu muncul adalah daripada diri kita sendiri.
Kerana merasakan, andai alasan tercipta, kita akan bertambah senang memberikan alasan yang seterusnya untuk situasi yang berbeza. Kenapa tidak, dengan menguruskan masa dengan betul dan menguruskan urusan yang lebih cekap pasti akan menjadikan kadar frasa itu dikeluarkan lebih jarang daripada sekarang.
Memang diri sedar lambakan kerja tidak menjadi pas kebenaran untuk kita mencipta lebih banyak alasan untuk menangguhkan kerja kita...
Maka...marilah kurang memberikan alasan uruskan diri kita dengan sebaiknya...=)
ingatan buat diri yang sering alpa...
"Jadilah pengejar dan perindu redha Ilahi"
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment