Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Pertama dan selama-lamanya ku panjatkan kesyukuran kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan menulis...
19 Januari 1987 merupakan tarikh yang penting bagi si ayah dan si ibu, mungkin juga pada mulanya mereka tidak beranggapan begitu sebab anak yang di dalam kandungan dijadualkan untuk lahir seminggu yang lepas. Hanya niat untuk membuat pemeriksaan rutin, bertukar menjadi keputusan melahirkan anak yang degil tak nak keluar...(hehehehe...)
Semalam, tanggal 19 Januari 2009, genaplah usia anak yang agak degil itu 22 tahun...hehehe...mungkin pada ketika ini, ramai yang tertanya-tanya, sebab menurut sumber yang dipercayai, anak yang agak degil ini kurang senang andai di'wish'kan secara pukal. Dan pada ketika ini, pastinya orang yang tertanya-tanya itu sedang menghadap laptop menunggu jawapan yang pasti...=p
Begini ceritanya, mood hari ni berbeza, maka cara tulisan pun agak tunggang langgang. Maaf ya...
Sebenarnya, dalam hati si anak degil, sangat ingin untuk di 'wish' dan di rai. namun, hatinya juga merasakan bahawa yang patut untuk di rai bukanlah dirinya, dan sepatutnya ibu bapanya yang layak diberikan keraian itu. Tidak adil bagi orang untuk hanya mendoakan si anak degil yang dilahirkan, tetapi tidak mendoakan si ibu yang telah bergadai nyawa tika melahirkan si degil. Tidak adil andai kita tidak mendoakan si anak degil tapi tidak mendoakan ayah yang telah sama-sama mendidik si anak degil ini.
Mungkin kerana perkara ini menjadi satu kebiasaan dalam masyarakat kita kini...
izinkanlah si anak degil cuba untuk melarikan diri sedikit daripada kebiasaan ini...
Apa-apa pun, bagi pihak si anak degil, dia ingin mengucapkan syukur kepada Allah yang telah mengizinkan dia lahir ke dunia, dan jutaan terima kasih kepada ibu dan ayah...dan kepada persekitaran yang membentuk...
Terima kasih pada keluarga dan teman-teman yang bersyukur kerana mengenali diri ini...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
3 comments:
aaaah inikah sebabnya...
baekla...
anyway u've been tagged!
hihi wani, happY bday! semua org mmg rasa dia degil kan. k afi ni pun, sgt degil dan keras kepala, org salu ckp 'asik nk ikut kepala sendiri'. =P setiap kita unik, jadi, sbb tu degil pun, degil si afidalina. hehe.. tak apa, perlu degil utk membela Islam kan kan? take care!
Degil????
Erm, menarik tu.. Kedegilan memberi sejuta pengajaran. Tapi degil pada tempatnya bagus kn? Hehee...
Post a Comment