Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
lama jugak rasanya dah tak menulis secara serius...kalau ada pun, meletakkan klip2 video yang dirasakan comel...
semester 2, semester yang diri ini rasakan sebagai satu sem pemulihan...pemulihan dari segi akademik mahupun penglibatan dalam aktiviti yang mampu untuk meningkatkan kemahiran dalam diri.
minggu ini merupakan minggu yang ketiga. dan minggu ini merupakan minggu yang mula dipenuhi dengan kelas, tidak seperti dua minggu yang lepas. dan dua minggu yang terdahulu juga, hujung mingguku berjaya dimanfaatkan dengan pergi ke program.
Taska Al-Ehsan, TC, Kuantan =)
Tapi sepanjang dua program itu, membuatkan ku terfikir...isi penyampaian program merupakan sesuatu yang pernah ku pelajari. tentang pengurusan, tentang beza manager dan leader, tentang aktiviti sukarelawan. semuanya sesuatu yang bermain di sekitar hidupku selama ini. Tetapi, terfikir, sejauh mana telah diriku memanfaatkan ilmu-ilmu yang ada padaku. pergi ke kedua-dua program itu, terasa kosong dan menerima satu ilmu yang baru...
Pemandangan di Janda Baik, Pahang =)
pegi ke kelas pagi td pun, diriku merasakan begitu. subjek yang ada asas sebelum ini, seperti tidak tahu apa2...alangkah ruginya diri pabila ilmu tidak mampu untuk dmanfaatkan...
Mudah-mudahan diriku mampu untuk menguruskan masaku dengan betul agar ilmu-ilmu itu leih kerap untuk dihadam dan dipahamkan agar lebih mudah untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian...AMEEN....
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment