Segala puji Allah kerana telah mengizinkan diriku dan rakan-rakan untuk menjejakkan kaki di MARDI stesen Muadzam Shah, Pahang. Perjalanan kami selesa memandangkan satu bas dan satu 'coaster' yang juga digelar sebagai bas pendek atau bas kecik oleh rakan-rakanku...-_-" Keadaan di dalam bas sepanjang perjalanan pergi yang mengambil masa sekitar satu setengah jam meriah kerana bas cukup-cukup untuk satu bas untuk pelajar perempuan dan bas kecik di dominasi oleh pelajar lelaki. Maka, tak adalah segan silu untuk bergurau senda...=p (Mesti pakcik bas dan abg lab assistant yang menemani kami dalam bas itu pening...hahahaha)
Kami tiba lebih kurang pukul 10 pagi. Kami disambut dengan penerangan ringkas tentang MARDI secara amnya dan juga penerangan tentang MARDI Stesen Muadzam Shah sendiri. Kami sebenarnya tiba agak lewat dan memandangkan hari pilihan kami adalah hari Jumaat, maka semakin singkatlah masa yang ada untuk kami melawat-lawat sekitar MARDI. Sungguhpun begitu, kamera tetap menjadi alat kegemaran setiap insan pada waktu itu. (hehehe...sempat lagi ambik gambar seblum naik bas...)
Selepas penerangan dan sesi fotografi di depan papan tanda MARDI, kami dibawa melawat ke kawasan ladang. Pada fikiranku, ingatkan kami akan berjalan kaki...rupa-rupanya untuk ke kawasan yang dituju itu agak jauh dan kami akan ke sana dengan menaiki bas...huhu...
Semasa dalam perjalanan ke ladang, semua orang teruja melihat lembu-lembu ternakan yang ada di situ...ingatkan itulah Brahman yang ditunjukkan ketika penerangan...rupa-rupanya sangkaan kami meleset...Itulah lembu kacukan Brakmas...kacukan antara lembu jantan Brahman (Daripada US-warna putih) dengan lembu betina daripada Kedah da Kelantan (lembu biasa warna coklat)...
Hanya itulah ekspresi yang boleh ku gambarkan...teruja!!! ya Allah...selama ini tengok lembu berwarna putih dan coklat yang sederhana besar yang sebenarnya sudah dianggap cukup besar.Rupa-rupanya ada lagi yang lebih besar...cuba bayangkan, Brahman (yang daripada US tu...) 2-3 kali ganda daripada saiz lembu-lembu yang sedia besar tu...
Ok...ok...berbalik kpd lawatan kami...tempat pertama yg kami lawat adalah tempat pengumpulan air mani lembu...huhu...teruja bertukar jadi berdebar...tak tahu bagaimana hendak menggambarkan perasaan ketika itu. Siapa-siapa yang hendak merasai pengalaman tu...mari kita buat lawatan ke MARDI sekali lagi...huhu...Tempat kedua adalah mereka menunjukkan lembu-lembu yang diternak untuk mendapatkan air mani...dan yang ditunjukkan di kawasan kandang itu berumur 8 tahun...
Selepas itu, kami dibawa ke tempat Permanian Beradas, iaitu tempat lembu betina diperiksa (sama ada mengandung atau tidak - Pregnancy Diagnosis)...mereka periksa dengan memasukkan tangan ke bahagian uterus lembu dengan memasukkan tangan melalui faraj (vagina) lembu tersebut...huhu...masa tu sebenarnya sempat empati sekejap sambil-sambil video dirakam...Selepas itu kami berpeluang memasuki ruangan penyelidikan
Rasa tak puas...sebab kami dah nak balik...=(
Semoga kami diizinkan untuk melawat MARDI stesen Muadzam Shah lagi dan stesen-stesen yang lain...terutamanya yang di Cameron Highland...hehehehe...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...

2 comments:
gne mk nginang kambin oo?ktk rs dpt ka kt komersialkan kambin rah swak?sbb kmk bmnat mk nginang kambin scara besar2an sbna nya..hihihi
mk jd tokey kambin...
hehehe..benar? bagus ya...
hehehe...teringat ngan nenek kamek. Nya ada nginang kambing dolok masa kamek gik kecik.
hehehe..melelat...lain ditanyak kitak, lain di cerita kamek.haha.
Post a Comment