Masa dan kehidupan??? Mesti ada yang menjangkakan ini merupakan "jam setengah jam versi ke-2"...betul ke? InsyaAllah...entri kali ini bukan tentang kelewatan dan harga sebuah masa bagi setiap individu. Tapi, saya boleh katakan ada unsur gabungan antara entri ku tentang masa dan sahabat...
Apa kaitan masa dengan sahabat? Sahabat saya selalu menepati masa dan membuatkan saya terinsprirasi??? hehehe...bukan itu yang saya cuba untuk sampaikan...=P
orang kata, masa itu adalah emas dan ada orang lain pulak kata, masa itu kehidupan...mana satu yang betul ni??? tepuk kamus, rujuklah semula. hehehe...takdelah...gurau je...=D
bagi saya, masa adalah kehidupan, kerana apabila kita memahami kehidupan, masa bergerak seiring dengan kita. Begitu juga dengan proses memahami orang lain dan sekeliling. Menerima orang lain seadanya, menerima perangai yang sudah tentu berbeza dengan diri sendiri. Semuanya berkaitan dengan masa. Bukan segalanya mampu dilakukan dengan pantas. Menerima dan memahami adalah dua perkara yang berbeza. Mungkin pada saat ini, aku mampu memahami, tanpa tak selalunya mampu untuk menerima.
Apa yang patutku sedar, mereka juga dalam proses yang sama sepertiku. setiap hari pasti ada sahaja perkara baru yang akan membuatkan kita lebih faham (atau lebih celaru..=p) tentang sahabat dan persekitaran kita. Dalam proses pemahaman dan penerimaan inilah, krisis-krisis hidup berkawan ini perlu dilalui. Kerana itulah, satu proses panjang yang bakal mematangkan diri kita.
Saat ini,
Aku terlalu tepu dengan persekitaranku,
izinkan aku lari sebentar,
agar aku dapat pulihkan,
dan kembalikan kesabaranku,
dan keseimbangan otak ku,
agar dapat kembali 'berfungsi',
dengan lebih jaya,
sebagai perindu dan pengejar redha Ilahi...
Aku terlalu tepu dengan persekitaranku,
izinkan aku lari sebentar,
agar aku dapat pulihkan,
dan kembalikan kesabaranku,
dan keseimbangan otak ku,
agar dapat kembali 'berfungsi',
dengan lebih jaya,
sebagai perindu dan pengejar redha Ilahi...
Mari sama-sama kembalikan diri..=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
1 comment:
kak wani,
ju lari skali
=)
Post a Comment