Thursday, February 12, 2009
ISTAC vs RKUD
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Philosophy of Science ataupun lebih dikenali sebagai RKUD merupakan salah satu subjek yang wajibku hadiri untuk semester yang kedua ini. Menarik kerana diriku memang meminati falsafah dan perkara yang berkaitan dengan psikologi. Setiap kali habis sahaja kelas RKUD, pasti akan membuatkan diriku berfikir.
Kelas semalam merupakan kelas yang paling berat bagiku setakat ini. Kami telah belajar "Plato's theory of knowledge"...Plato merupakan seorang ahli falsafah daripada zaman Greek. Idea Plato yang memisahkan antara sifat 'material' dan 'forms'. Rasanya diriku masih belum layak untuk menerangkan tentang topik ini.
Namun, apa yang menggerakkan jari-jariku adalah kerana diriku sebenarnya berasa sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk belajar subjek ini. Dan apa kaitannya dengan ISTAC??? Setahun yang lepas, diriku juga diberi peluang untuk menghadiri satu konferens di ISTAC tentang Islamic Science. Ku rasa, itulah sebenarnya titik perkenalan diriku dengan falsafah berkenaan dengan sains. Pernah beberapa kali aku cuba untuk membaca dan memahami buku genre ini. Namun, kesudahannya, diriku membaca dengan mata yang tertutup...hehehehe...
Dengan adanya subjek inilah, aku mampu untuk faham dan menyelam ke dalam falsafah...walaupun bagi sesetengah orang, RKUD merupakan salah satu pelajaran yang boleh 'digoreng'...=p
Moga diriku akan dapat memahami pelajaran ini dengan sebaiknya dan bukan hanya untuk menjadi bahan gorengan ketika ujian akhir nanti.
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
salam.rasanya kena baca Sophie's Worlad ni. Novel tentang falsafah. ITNMB ada terjemah dalam bahasa, jadi Dunia Sophie.
Kuliyyah Farmasi tak ada RKUD tapi kami belaja rheology. akar falsafahnya dari Heraclitus. PANTA REI
typo: Sophie's World
typo: Sophie's World
salam...
Allah... actually, subject nie r yang aku rase paling aku takut nk ceburi.. terpaksa gak belajar.. huk2... :( insyaallah, this subject dapat lebih mengukuhkan keimanan kite pada Yang Esa...
InsyaAllah
to ilham nur:
owh...mcm penah dengar je name buku tu...insyaALLAH kalau ade kesempatan nak try bace.hehehe...
tapi kalau nak bc pun, mungkin akan bc yg english...=)
to shino:
takpe, insyaALLAH walaupun subjek ni agak memeningkan, tapi tulah pentingnye pegi kelas dan dengar penerangan Dr. Ibrahim Shogar. kalau bc tanpa dengar penjelasan, memang akan lost dan mungkin akan terbawak2 dengan pemikiran sendiri.
ne way, gud luck shino!!!
Falsafah ni senang, kalau dapat tackle kata2 kunci dia... sophies world, johann goethe, antara novel falsafah yg best. Plato's theory of knowledge tu, memang best..itulah metafizik.
Post a Comment