Tuesday, February 3, 2009

Apa yang aku rasa...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang....

Entri jam setengah jam merupakan salah satu entri yang sudah lama terpendam untuk diluahkan... namun, tidak terluah kerana takut jika diluahkan di kala hati yang terbakar, kedengaran terlalu emosional, sedangkan kita sentiasa digalakkan untuk bersabar...

Jam setengah jam, mungkin ada di antara kita terutamanya sahabat-sahabatku di kampus sering mendengar istilah ini terhasil daripada getaran peti suaraku...

Diriku merupakan salah seorang insan yang selalu menunggu dan jika orang lain perlu menunggu, kadang-kadang akan terbit rasa bersalah kerana diriku memahami apa yang orang itu rasakan.

Alasan demi alasan akan kedengaran jika kelewatan itu berlaku. Dan yang paling ku tidak dapat terima andai yang menetapkan masa itu yang memungkirinya. Bagiku, andai kita memungkiri masa yang kita tetapkan, sebenarnya ita seolah-olah sedang menggunakan hak masa orang lain. Mungkin jua kita telah mengganggu masa yang telah diatur untuk digunakan. Tentu kita tidak mahu andai masa kita diganggu kan? Maka kenapa perlu kita mengganggu masa orang lain.

Diriku tidak mampu untuk menyaran banyak, kerana diriku juga kadang kala akan terlajak masa. Yang mampu untuk diriku lakukan, sekurang-kurangnya, jam ku bukanlah jam setengah jam (lewat setengah jam setiap kali pertemuan).

Apa yang diri ini ingin sarankan, kepada yang selalu menunggu, tetaplah bersabar dan bersedialah untuk memanfaatkan penantian anda. Dan kenapa yang sering ditunggu, cubalah untuk mengingkari jam setengah jam dan hormatilah waktu sahabat atau rakan anda. Sesungguhnya, sabar itu ada batasnya. =)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

4 comments:

tusky said...

okeh, kadang2 aku rase gitu gak

Anonymous said...

terima kasih atas nasihat yg baik.
MAAF BUAT SEKIAN KALINYA
(aku serius tau)

annamlatun said...

kepada sahabat-sahabat ku...

moga entri ni bermanfaat untuk semua...andai teguran ni mengena...mudah-mudahan kita dapat memperbaiki diri di masa akan datang...

walau apa pun, maafku adalah untuk semua...

p/s: entri ni sebenarnya dah lama dipendam...dan bukan semata-mata kerana perkara yang baru berlaku ye...=)

3p4h said...

Erm... Bca entri ni bl hawa (achik) suh bc dr blog dia. N ternyata tkena pd hidung sndri. Kadang2 kita da buat yg tbaik utk dtg awal, tp siapa tahu rintangan d tgh jln???

Ni bkn alasan k, ni kbenaran yg dialami. =)