Monday, May 5, 2008

Malu...ngan semut!

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan kekuatan yang telah dikurniakan oleh-Nya kepada hamba-Nya yang lemah ini, amanah dan tanggungjawab yang diberikan untuk menyampaikan kuliah maghrib pada tanggal 1 Mei berjaya dilaksanakan.

Sepanjang penantian yang sememangnya menyeksakan, urat-urat dan pembuluh darah terasa sejuk dan menggeletar. Pada saat itulah hati ini bertambah yakin bahawa dengan hanya mengingati Allah lah hati kita akan tenang. Namun, sejauh mana keberkesanan kuliah yang telah disampaikan ke dalam hati adik-adik hanya Allah sahaja yang tahu...

Masa yang telah diberikan oleh pihak urusetia ialah bermula daripada pukul 7.30 pm - 8.15 pm...
Berbekalkan dengan 40+ slide nampaknya tidak mencukupi untuk menepati masa yang ada..tepat pukul 8 semua slide yang dibuat dah digunakan...-_-" akhirnya, 15 minit terakhir, saya membuka kepada adik-adik tahun 6 itu, untuk bertanyakan apa-apa sahaja jenis soalan yang ingin mereka tanyakan. Pada mulanya risau jika adik-adik ini tidak mempunyai sebarang pertanyaan. Apa yang saya tahu, pelajar yang hadir ke Kem itu sememangnya dipilih dikalangan pelajar yang cemerlang kerana mereka mempunyai lebih banyak soalan yang ingin diajukan berbanding dengan masa dan pengetahuan yang saya ada.=)


Sekadar perkongsian isi-isi yang disampaikan dalam kuliah malu...ngan semut! yang telah disampaikan. Mudah-mudahan mendapat manfaat:

Semut merupakan sejenis binatang yang tergolong dalam keluarga serangga. Mempunyai 6 kaki dan terkenal dengan sifat rajin dan kerjasamanya...
Apa yang kita akan lakukan apabila kita melihat semut? adakah kita akan berasa gatal tangan dan bertindak mengenakan tekanan kepada semut-semut itu? ataupun kita sanggup untuk menghabiskan wang untuk membeli Ridsect demi menyelamatkan diri daripada si semut? Atau adakah kita memerhatikan semut-semut yang berjalan seolah-olah dalam satu barisan yang teratur? Tepuk dada,tanyalah iman dan akal kita. . . =o

Ingin saya kongsikan 8 sifat yang sepatutnya menyebabkan kita patut malu...ngan semut!

1) Rajin
2) Sabar

3) Jujur
4) Tertib & bertanggungjawab
5) Bersungguh-sungguh
6) Bersatu
7) Sanggup berkorban
8) Rajin bertasbih

Dalam kuliah yang telah disampaikan, ciri-ciri ini dikaitkan secara langsung dengan kehidupan seorang pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan (memandangkan adik-adik yang mendengar tersebut merupaka calon-calon UPSR).

Soalan-soalan canggih yang telah mengisi masa selama 15 minit terakhir antaranya,

1) Macam mana akak tahu yang semut tu jujur? (soalan ini ditanya semasa slide tentang kejujuran semut di pancarkan)

2) Semut ni ada bangsa ke?

3) Macam mana kita nak bezakan antara semut betina dan semut jantan?

4) Akak ni 'expert' semut ke? -_-"

5) Kat mana semut simpan makanan dia?

6) Kalau semut betina asyik bekerja, dia tak bertelur ke?

7) Apakah saiz terbesar semut?

dan banyak lagi soalan-soalan lain yang saya ingat-ingat lupa. Mungkin, pada masa akan datang mempunyai peluang sebegini lagi, perlu dicatatkan soalan-soalan yang dikemukakan oleh adik-adik ini...

Walaupun tubuh semut yang kecil dan senang untuk dipijak-pijak, namun pada hakikatnya kita patut malu...ngan semut disebabkan mereka merupakan makhluk ALLAH yang menggunakan segala kudrat mereka untuk terus hidup dan yang paling penting sekali, sebagai seorang Muslim, kita patut malu dengan semut kerana mereka tidak pernah berhenti mengingati dan berzikir kepada Allah...


"Langit yang tujuh,bumi dan semua yang ada didalamnya bertasbih kepada ALLAH. Dan tidak ada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, tetapi kamu tidak mengerti tasbih mereka. Sungguh, Dia Maha Penyantun, Maha Pengampun. " (Al-Isra':44)

Wallahualam

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

6 comments:

Anonymous said...

salam alayki

tahniah atas usaha yang enti lakukan..semoga Allah berkati dengan seribu satu rahmat-Nya. Teruskan!

annamlatun said...

terima kasih wani...=)

Anonymous said...

hmm

mok share sikit2 psl semut...

Dalam teks Al-Quran disebutkan bahawa Nabi Sulaiman a.s. diberi kemampuan untuk memahami bahasa burung. Satu hari Nabi Sulaiman keluar bersama rakyatnya untuk meminta hujan. Dalam perjalanan dr rumahnya menuju ke tempat solat, ia melihat seekot semut mengkakt kedia kakinya sedang berdoa kepada Tuhan yang Maha Kuasa, kepada Tuhan yang selalu memberi Kurnia, Yang memiliku Kelembutan, dan memberi pertolongan. Nabi Sulaiman pun berkata " Whai Umat manusia sekalian, kembalilah kalian, telah cukup bagi kalian doa yang dilakukan oleh makhluk lain selain kalian.."


Tak lama kemudian, hujan pun turun dgn lebatnya berkat doa semut tersebut, iaitu semut yang bahasanya dapat difahami oleh Nabi Sulaiman a.s, saat die berangkat dgn pasukannya yg besar itu. Semut pulalah yng kemudian memperingtkan saudara-saudaranya agar masok ke lubang, sbgmana dikisahkan dlm surah (AN-Naml :18-19)

... berkatalah seekor semut,"Hai semut2, masuklah kalian ke dalam sarang2 kalian agr kalian tidak diinjak oleh Nabi Sulaiman a.s. dan bala tenteranya, sdg mereka tidak menyedarinya. Nabi Sulaiman pun tersenyum seraya tertwa kerana mendgr perkataan semut itu.

Sering kali kelembutan dan kasih sayang Allah subhanahu wa Ta'ala diturunkan berkat doa haiwan-haiwan seperti serangga tersebut.


- KISAH SEMUT-

Izzati Ishak said...

teringat juak ngan kambing dalam kisah hijrah rasulullah..

Kambing pun ada merik sumbangan kpd hijrah rasulullah..Jangan pula kita malu dgn kambing..

Kamek: bukan je malu ngan semut,
tapi ngan kambing jugak..
-lupak nak madah, salam ziarah-
Sis izati

a'bd Allah said...

salam a'laiki, ya ukhti...
ana just nak share satu pic yg bila ana tengok pic 2 ana teringat kat ukhti...coz pic tu pic namlun...

satu sifat semut yg ana suka adalah sifat hargai semua benda yg ada...xda buat pembaziran.kalau kt perhatikn gerombolan semut kat sisa makanan atas meja or kat mane2,semut2 akan angkut semua sekali tanpa tinggalkan baki....lainla kalau kt kacau dia...mestila dia lari,kan...hehe..tapi manusia ni lain...selalunya kt x hargai sgt benda yg ada dpn mata kt,tp bla benda 2 da xde,brla teraba2 m'cari...ni skdr p'kongsian utk kt bersama...maybe ukhti dpt idea utk cerita lbh lanjut pasal namlun ni..

a'bd Allah said...

maaf,gambar 2 xdpt letak dalam comment ni,la...xpe..ukhti blh tgk kat http://testi.iluvislam.com dalam kategori Al-Quran,gmbr no.0107