Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Syukur ke hadrat Ilahi, kerana diizinkan untuk pulang semula ke Kuantan untuk meneruskan perjuangan di bumi Allah ini. Perjalanan yang boleh dikatakan perjalanan selama setengah hari atau lebih ini sudah ku tempuhi sejak setahun yang lalu. Bagai tidak menyangka, sekarang diriku sudah berada di tahun dua. Subjek-subjek yang diambil pun semakin menarik...
Coretan ini ingin ku kongsikan perjalanan atau jejak-jejak ku kembali ke kuantan 6 julai yang lepas...
malam 5 julai yang lepas, rutin yang membosankan terpaksa dilalui setiap kali perlu berangkat balik...PACKING!!! wargh...memikirkan keperluan yang mana lebih penting untuk dibawa semula ke kampus. beg yang sudah lebih 3 tahun yang digunakan sudah padat dan mampat sedangkan banyak lagi barang-barang yang ingin di bawa balik. Hmm...macam mana ni? Air Asia cuma membenarkan beg seberat 15 kg seorang. jika tidak...terbang melayang lagilah duit...beg abang nampak jauh lebih besar daripada beg yang ku gunakan. tak apalah...bawa yang penting, insyaALLAH kalau benar2 diperlukan, boleh mintak tolong keluargaku di Miri mengeposkan ke Kuantan. Jika tidak, tunggulah kepulanganku ke Miri yang akan datang.
Penerbangan dijadualkan pukul 10.05 pagi. Namun, kami sekeluarga keluar untuk bersarapan bersama sebelum meneruskan perjalanan ke lapangan terbang Miri. Sampai sahaja di situ, terus cek in...dengan penuh rasa berdebar dan tawakkal...ingatkan beg2 kami melebihi had...alhamdulillah...beg ku cuma 10 kg dan beg abang 14 kg...
kegembiraan berganda2 (walaupun dalam hati pilu kerana perlu berpisah sementara dengan kluargaku...) apabila kawan-kawanku yang sudah berjanji untuk menghantar ku ke a-port diizinkan oleh-Nya mengotakan janji mereka. Seorang belajar di US tetapi keluarganya kini menetap di Oman, seorang lagi belajar di Perancis dan seorang lagi baru sahaja menamatkan pengajian Diploma di UTM KL. Pertemuan yang walaupun sekejap, namun penuh erti. Tika itu, aku kembali mengingatkan diri bahawa setiap daripada kami mempunyai perjuangan masing-masing...walaupun di mana pun kita berada, kita punyai perjuangan yang tersendiri. Tapi yang penting, biarlah perjuangan kita itu perjuangan yang mampu merapatkan kita kepada ALLAH...perjuangan yang dilakukan demi menegakkan syiar-Nya di muka bumi.
Penerbangan yang mengambil masa selama 2 jam setengah digunakan untuk melelapkan mata...hehehe...cuma lebih kurang 15 pertama digunakan untuk merebut peluang mengambil gambar awan yang cantik dari dalam kapal terbang. Huhu...walaupun dalam keadaan 'bersaing' dengan abang untuk mengambil pemandangan yang cantik, tetapi diriku puas! indah yang tiada tandingan. Entah kenapa diriku begitu gemar melihat bentuk awan, tidak kira di mana diriku berada. Bagiku.. awan sukar untuk dimengerti...=)
Kami mendarat di lapangan terbang LCCT...berjalan dan mengambil barang...dan diriku perlu meneruskan perjalanan ke Kuantan. dan sebelum tu...perlu ke KLIA kerana kapal terbangku hanya akan berlepas daripada situ...
perjalanan ku akan bersambung...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi" =)
Wallahualam...
No comments:
Post a Comment