Thursday, July 31, 2008

Sebelum...KBS 3

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Setiap kali bermulanya semester yang baru, pasti diri ini akan menerima mesej yang mengajak untuk ke program Kem Berambeh Selasih anjuran PERKEPISMA. Untuk dua kali, diriku terpaksa merelakan keadaan yang tidak mengizinkan diri ini untuk mengikuti program tersebut. Alhamdulillah...Allah memberi kesempatan yang tidak terhingga nikmatnya untuk Kem Berambeh Selasih yang ketiga (KBS3).

Kali ini, KBS telah diadakan di Kem Raudah Gombak, katanya berada di belakang UIAM, pada 18 hingga 20 Julai yang lepas. Perjalanan daripada Kuantan hanya dapat dimulakan pada hari Sabtu dengan bertemankan tiket 9 pagi. Kekangan masa yang disebabkan oleh jadual kelas yang berubah-ubah disebabkan Kampus Kuantan mengalami masalah kekurangan pensyarah untuk mengajar beberapa subjek. Pada mulanya, kebanyakan daripada rakan-rakan ku yang lain turut berangan-angan sem ini lebih baik daripada sem yang lepas...dalam erti kata, hujung minggu kami tidak akan diisi dengan kelas. Namun, melihat kepada situasi kini, kami perlu menyedari hakikat bahawa...kesemuanya menuntut kesabaran dan pengaharapan yang tidak terlalu tinggi untuk angan-angan itu akan terlaksana. Insya-Allah...semua ini harus dilihat sebagai satu proses tarbiyah diri yang baik...

Hmm...tiba-tiba membebel tentang kelas di Kuantan lah pulak... Perjalanan selama 4 j daripada Kuantan ke Kuala Lumpur kebanyakannya dihabiskan dengan menutup muka dengan baju sejuk (zzzz....hehehe) rasanye, 3/4 daripada keseluruhan perjalanan.. Perasaan ketika itu, tidak dapat dibayangkan..sebab tak tahu pun apa yang perlu dirasakan saat itu. Kembara KBS 3, ditemani oleh seorang adik yang baru sahaja menjadi warga UIAM Kuantan. (huhu...ini kali ketiga dia telah mengikuti KBS...) Dan kembaraku diserikan lagi dengan kehadiran rakan sekelasku yang lain..(terima kasih yang tidak terhingga sebab berjaya memperoleh tiket pada malam sebelum bertolak ke KL...) =)

Kami sampai di Stesen Bas Pekeliling lebih kurang pada pukul 12++ hampir pukul 1, dan terus membeli tiket untuk balik keesokan harinya. Alhamdulillah...bas yang akan bertolak pada pukul 4 petang masih ada kekosongan untuk 2 orang...(walaupun ketika membeli tiket, mungkin dalam keadaan mamai, dan terbeli tiket pukul 6...nasib baik dua rakan yang bersama-sama kami belum beli tiket lagi...huhu...maafkan diriku...) Perjalanan diteruskan...


Hehehe...kerinduan kami terlerai untuk menatap 'wajah' pak cik Kino...=p walaupun hanya sebentar tapi masih sempat untuk membeli 2 naskhah di buku...
1. Bujang Senang- Lagenda Sebuah Cinta
2. Ombak Bukan Biru - Karya Fatimah Busu

Perjalanan ke Gombak diteruskan setelah usai solat Zohor dan Asar secara jamak dan qasar. Sampai Taman Melati kira-kira pada pukul 3 petang. Kami perlu menunggu untuk dijemput ke Kem Raudah Gombak...

Kita sambung yang lain pulak untuk "semasa" dan "selepas" ye...=)

"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"

Wallahualam...

1 comment:

Ummu Fateh said...

wani...mek demam aih...huhuhu...kmk mok 2kar wajah blog kmk sbenanya...tggu jak mggu dpn.hehehe..byk crita tertangguh dah....huhu