Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
jejak-jejak ku diteruskan lagi...perjalanan kali ini berbeza daripada biasa. Jika mengikut kebiasaan, aku dan abang ku akan mengikut arah masing-masing bermula di LCCT. Namun, perjalanan kali ini, dia menemaniku sehingga ke KLIA dan beredar untuk meneruskan perjalanan ke Gombak selesai solat zohor. Hmm...tekak terasa kering, dan perut mulai berkeroncong...langkah dihayun ke Air port shop untuk membeli susu coklat dan minuman 100 plus (teringat lawak air seratus...hehehe).
Setelah menunaikan solat zohor, aku mengambil keputusan untuk mengunjungi kedai buku yang terdapat di KLIA. Ingatkan kunjungan kali ini diakhiri dengan tangan kosong...nampaknya kurang berjaya...=p Ole2 dari KLIA untuk diriku sendiri kali ini merupakan paperback yang ada unsur serangga..=) dan sebuah buku bertajuk The Kite Runner karya Khaled Housenni. rasa tidak rugi membelanjakan duit untuk buku tersebut kerana menurut kawanku, buku tersebut mampu untuk menyentuh perasaan kita ketika membacanya. Sejauh mana kebenarannya, wallahualam...masih belum berkesempatan untuk membaca dengan serius.huhu....
Kata orang. penantian itu satu penyeksaan...tak tahulah nak kata betul atau tidak kerana terlalu kerap menjadi orang yang menanti. Maka, setiap penantian itu pasti diusahakan untuk dimanfaatkan.=) Teringat janji untuk menghantar e-mail proposal program yang bakal dijalankan untuk dibetulkan oleh senior ku di Kuantan. Sambil2 melayari laman yang lain, usaha menghantar akhirnya tidak berjaya mungkin kerana banyak gangguan terhadap WiFi di KLIA.
Kadang-kadang rasa kurang sabar itu muncul tetapi, apa nak buat...itulah yang perlu dihadapi.
Satu perkara yang menarik berlaku ketika aku sibuk melayari internet. Ketika itu, aku perasaan bahawa orang yang duduk di bangku sebelahku juga merupakan orang Sarawak dengan mendengar dialog antara mereka. 4 orang semuanya. Dua pasang suami isteri. Terasa ingin menegur, tapi tak tahu cara yang terbaik untuk melakukannya. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk menghubungi kawanku di Gombak. Dengan harapan mereka mendengar perbualanku dan mengajakku berbual selepas itu. Huhu...harapan ku ternyata meleset. Misi tidak mencapai objektif.hehe...
Namun, cantiknya aturan Allah...Dia telah mengatur pertemuan itu. Akhirnya, ketika
salah seorang daripada mereka ingin membaringkan diri di atas bangku yang agak panjang itu, tiba-tiba dia kelihatan segan denganku kerana kakinya akan menghala kepadaku. Mungkin pada dirinya perlakuan seperti itu kurang sopan kepada orang lain barangkali. Aku kurang mendengar apa yang dikatakan olehnya, tetapi aku pasti dia menggunakan bahasa Melayu standard. Geli hati pun ada pada ketika itu. Namun, kerana yakin bahawa mereka berasal daripada Sarawak, aku membalas dengan menggunakan bahasa Sarawak. Jelas, pada muka mereka ada riak terkejut mungkin kerana tidak menyangka ada orang Sarawak yang sama-sama menunggu masa untuk terbang ke destnasi masing2.
Pada saat itu, barulah kami berbual dengan rancak. Rupa-rupanya, salah seorang daripada mereka pernah ku temui ketika ziarahku ke Kuching. Pada malam terakhir ku di Kuching, sebelum ke usrah Umum Perkepis pada malam itu, aku menunaikan solat Maghrib di Surau di Taman Surabaya tempat abang ku tinggal sepanjang tempoh praktikal. Di surau itulah aku menemui mak cik itu (huhu...terlupa pulak nak bertanya nama). Katanya, dia memang cam muka ku sebelum itu, tetapi ragu2 sama ada betul atau tidak akulah orang yang pernah ditemuinya...indahnya sebuah pertemuan...tidak sangka aku akan menemuinya lagi...ada terdetik rasa syahdu kerana dia masih mengingatiku...dan pada saat ini, aku tetap menghargainya...satu peristiwa yang manis bagiku. Ya Allah, istiqamahkanlah hati mereka, agar hati mereka ikhlas melakukan sesuatu demi untuk-Mu...
Sekitar pukul 4++, aku beredar untuk pergi ke pintu B7 untuk menaiki pesawat. Dalam hatiku ada debaran, kerana tidak tahu apakah yang menanti diriku di Kuantan kelak. Pasti ada yang mengejutkan dan tentunya memberikan manfaat yang tidak ternilai dengan wang ringgit yang bakal aku peroleh. Perjuangan ku di bumi Semenanjung ini adalah perjuangan untuk mendapatkan sebanyak-banyak ilmu dan sebanyak-banyak pengalaman buat bekalan ku menempuhi jalan dakwah ku di Borneo khususnya di Sarawak dan yang lebih penting, sebagai bekalan ke dunia yang abadi, dunia yang hakiki, yakni dunia akhirat nanti...
Semoga kepulangan ku kali ini, lebih bermanfaat daripada sebelum ini...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"...=)
Wallahualam...
3 comments:
salam alaik wani...kmk ada come across novel Khaled Hoseini kat POPULAR bookstore riya ada duak novel, sigek Kite Runner n ada sigek gik the latest A Thousand Splendid Sun..nak meli tp bajet dah lari coz terbeli buku lain...kelak mun dah habis baca berik juak feedback...hehe
Salam alaik...
Insya-Allah kalau ada peluang untuk membaca dan menghabiskannya kelak, bolehlah kita berkongsi pendapat...=) kinek tok kamek berusaha menghabiskan buku Manikam Kalbu lok.hehehe...
slm coxy...
Manikam Kalbu - suka penggunaan bahasa melayu yg digunapakai oleh FT. blh beri inspirasi smpena knvnsyen nti. ;)
Post a Comment