Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...
Ya Allah...terasa kosong dua tiga hari ini kerana sibuk dengan pelbagai komitmen yang baru dan lama. Usia semester 1 sesi 08/09 yang baru sahaja menjengah masuk minggu yang ketiga, terasa begitu menguji kemampuan ini untuk meneruskan perjuangan ini...
Kadang-kadang terdetik dalam diri, "aduhai...penatnya..." kadang-kadang terasa ingin berhenti dan meninggalkan segala komitmen yang ada. Tapi, bukankah kita seharusnya sentiasa yakin bahawa janji Allah itu pasti? Allah sudah berjanji bahawa Dia tidak akan menguji kita lebih daripada kemampuan. Ya Allah..berilah hamba-MU ini kekuatan dalam menempuhi hari-hari yang berlalu...
Setiap yang berlaku pada kita sememangnya mempunyai hikmah yang tersirat yang mungkin bukan untuk kegunaan kita kini, mungkin pengalaman daripada apa yang kita lalui kini adalah untuk kegunaan kita 5 atau 10 tahun yang akan datang. Tiada guru yang lebih baik melainkan guru yang bernama pengalaman. Tanpa pengalaman untuk jatuh, kita tidak akan merasai kesakitan akibat jatuh, jika kita tidak mempunyai pengalaman untuk terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan, kita tidak akan tahu manisnya apabila kita mampu memberikan manfaat kepada orang lain. Segalanya menuntut kita untuk lebih berani, memecahkan benteng ego dan meraih keberanian diri dalam melakukan sesuatu yang baru.
Syukur kepada-Mu ya Allah kerana telah mengizinkan aku untuk berada di jalan ini...mudah-mudahan kaki ini tetap istiqamah di jalan-Mu. Mudah-mudahan aku bukan antara mahasiswa yang hanya berlegar antara 3 K...iaitu Kelas, Kantin dan Katil semata-mata...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
2 comments:
hihi..bes term 3K.. x blajar lak zaman dulu2..=) k afi pun tgk pening2 dgn projek..dok pusing la gu tuh for 6 months nih..huhu..
yang tu term pinjam jugak...hehe.selamat mengenali term tu...
Post a Comment