Tuesday, September 28, 2010
Tidak pasti apa yang dihadapan...
Monday, September 6, 2010
lagu dan lirik~
Ikan, Laron dan Semut
Munsyid : Fatih
http://liriknasyid.com
Aku senang, aku senang
Tapi bingung, aku bingung
Aku senang, aku senang
Tapi heran, aku heran..
Dan akupun bertanya..
Pada semua ikan di kolam
Tiadakah kau bosan, disitu...
Dan diapun menjawab,tiada bosan
Walau berada di tempat sekecil ini
Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku
Dan akupun bertanya..
Pada laron-laron berterbangan
Kenapa kau hidup semalam...
Dan Iapun menjawab,Tiada tersiap..
Walau hanya semalam aku hidup di dunia
Karna dalam semalam..
aku hidup, Ku sebut Tuhanku...
back to *)
Dan akupun bertanya..
Pada semut-semut di sarangnya..
Tidakkah kau merasa lelah bekerja...
Dan Dia pun menjawab, Tiada lelah..
Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,
Karna setiap saat dalam bekerja, bersama Tuhanku..
Dan ikanpun menjawab,tiada bosan
Walau berada di tempat sekecil ini
Karena ku di sini, setiap hari, bersama Tuhanku
Dan laronpun menjawab,Tiada tersiap..
Walau hanya semalam aku hidup di dunia
Karna dalam semalam,aku hidup, Ku sebut Tuhanku...
Dan semutpun menjawab, Tiada lelah..
Walau sepanjang hidup aku terus bekerja,
Karna setiap saat, dalam bekerja, bersama Tuhanku..
Dan aku bertanya, pada jiwaku
Sejauh apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada hatiku
Sedalam (selama) apa...hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya, pada diriku
Sekeras apa... kerja tanpa Tuhanmu (3x)
(Ikan, Laron dan Semut –by: FATIH)
Aku malu dengan ikan, laron dan semut...
aku bertanya pada jiwaku, hatiku, dan diriku....
Thursday, September 2, 2010
Ink pen ku tersekat-sekat...
Wednesday, September 1, 2010
Sungkei penuh makna...=)
Monday, August 30, 2010
Saya sudah lama tidak menulis...
Sunday, July 25, 2010
Nikmat manakah yang kau dustakan?
Pejam celik pejam celik...diriku sudah dua minggu berada di bumi Kuantan ini...terasa lama...mungkin kerana jadual yang secara nyatanya tidak begitu padat, tetapi entah mengapa rasa seperti penuh yang luar biasa. =) Wallahualam...
Minggu-minggu yang berlalu ini, kadang-kadang dicuit rasa rindu terhadap tiga bulan lepas yang telah diriku tinggalkan. Rindu~ Namun kerinduan itulah bekalan untukku sepanjang satu tahun ini. Terlalu banyak kenangan yang telah didaftarkan dalam lipatan hidupku sepanjang tiga bulan itu. Pengalaman demi pengalaman... rasa demi rasa...sungguh, perasaan rindu itu indah tetapi tidak akan membawaku ke mana-mana andai diriku tidak memanfaatkannya.
Owh...kawan-kawanku yang menuntut di universiti lain rata-ratanya sudah pun menghabiskan pengajian mereka...Tahniah sahabat-sahabat...=) Itu menambahkan buak rasa untuk berusaha sebaik mungkin selagi ada peluang yang diberikan. Terlalu banyak nikmat yang dikurniakan...yang tidak akan mampu ku hitungi dan balas.
Moga tahun terakhir ini menjadi tahun yang terbaik untuk ku...juga masa untuk berfikir, ke mana diriku selepas ini? =D Moga diriku tidak mendustakan nikmat yang diberikan untukku...Terima kasih Allah...Terima kasih...walaupun diriku tahu, nikmat-Mu tidak akan mampu ku samai dengan rasa kesyukuranku...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Thursday, July 15, 2010
Permulaan yang baik???
Terasa lama tidak mencoretkan sesuatu di sini...alhamdulillah, syukur kepada Ilahi kerana diriku kini telah melangkah semula ke semester yang baru...Percaya atau tidak, semester ini insyaALLAH menjadi semester kedua terakhir (mungkin~mana tahu nak sambung lagi disini? =p) buatku di bumi Kuantan ini.
Allahu Allah...sungguhpun, minggu ini baru sahaja minggu yang pertama, namun terasa sudah berada disini untuk berminggu-minggu lamanya...Permulaan yang baik? Mudah-mudahan begitulah...=) Apa-apa pun, sebenarnya kita telah diberikan peluang untuk melakukan permulaan yang baik pada setiap hari. Terlepas peluang yang sudah diserukan itu, maka sepanjang hari mungkin terasa kusut dan resah..Peluang yang diriku maksudkan adalah solat Subuh kita pada setiap pagi. >_<" betapa diriku terasa masih kurang menghargai dan menghayati nikmat yang diberikan.. Moga semester baru ini, semester yang mempunyai hari-hari yang dimulakan dengan baik...amin...=D
"Early birds get the early worms..."=)
Moga jadi renungan bersama...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Sunday, June 13, 2010
Mula merindui mereka…=')
Allahu Allah…syukur ke hadrat Ilahi, kerana dengan izin-Nya, diriku dan sahabat-sahabat seramai lebih kurang 17 orang memenuhi ruang rumah tempatku berteduh sepanjang tempoh praktikalku ini bagi merealisasikan hasrat untuk bertemu dalam program Janataqwa HEWI
anjuran HEWI (Hal-ehwal Siswi) PERKEPIS. Program yang bermula dengan menyambut kehadiran sahabat-sahabat dari segenap kawasan di Kuching me’rindok’kan hati lagi keadaan. Mereka hadir lebih kurang pada pukul 6.45 petang membolehkan yang hadir awal menyempurnakan solat Maghrib secara berjemaah bersama-sama. Aduhai, ‘rindok’nya ati…=D
Usai solat maghrib, kami makan malam bersama-sama dan meneruskan sesi suai kenal dengan secara mendalam. Allahu Allah…indahnya pertemuan…=) Rasa ‘rindok ati’ masih melekat dan mekar hingga ke saat ini. Semalam dan hari ini seperti mengumpul dan menyegarkan kembali memori indahnya tautan ukhuwwah yang sudah lama tidak bertemu, pertemuan dengan sahabat-sahabat yang baru dikenali dan sahabat-sahabat yang bertemu tanpa disangka-sangka.=)
Sesi yang pertama merupakan sesi suai kenal yang di pimpin oleh Saudari Hamizah.
Sesi pada malam semalam sangat bermakna kerana pada masa itu, diriku juga tidak menyangka pelbagai perkara yang dibincangkan secara selit-selitan. Sambil bersuai kenal, sambil itu juga perkongsian pandangan dan idea antara kakak-kakak dan adik-adik. Tidak kurang juga perkongsian pengalaman yang jarang untuk kita kongsikan walaupun kita sering bersama. Sesi ditangguhkan untuk memberi ruang sahabat-sahabat yang hadir berehat dan bersedia untuk bangun awal pada keesokan harinya. (kemaafan daripada tuan rumah andai keadaan tempat tidur kurang selesa.huhu)
Peluang untuk solat berjemaah bersama-sama dan bangun malam bersama-sama dimanfaatkan. Selepas solat subuh dan bacaan al-Mathurat, perkongsian yang berharga daripada Saudari Mariati yang turut serta dalam Janataqwa kali ini dengan mengambil peluang keberadaannya di bumi Kuching ini. Perkongsian yang bertajuk ‘solat’. Perkongsian bersifat dua hala dan banyak persoalan-persoalan yang timbul yang seharusnya dibawa semula dengan jawapan-jawapan dan pandangan-pandangan daripada orang yang lebih tahu di Janataqwa yang akan datang. (Ameen…=D)
Selepas sesi perkongsian, kami minum pagi dan janataqwa kali ini menampilkan sesuatu yang menarik. Saudari Hamizah telah berkongsi ilmu jahitan yang memanfaatkan perca kain (lebihan kain) untuk dijadikan bentuk dan boleh disambung untuk menjadi lapik meja ataupun sarung kotak tisu. Menarik! =) Bertambah satu lagi ilmu kraftangan yang kami peroleh…alhamdulillah…=D
Subhanallah…moga hati-hati ini sentiasa ditautkan dan sentiasa berada tetap untuk berjuang dengan kemampuan dan cara masing-masing di jalan-Nya. Moga bertemu lagi di Janataqwa HEWI di masa akan datang…=D
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam
Saturday, June 5, 2010
Rasa berTERIMA KASIH
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang…
Pagi sabtu yang cerah, mentari pagi ini cerah. Teringat kata-kata ibu jika diriku berada di rumah jika baju yang dibasuh masih belum disidai lagi. “Rugi cahaya matahari” (jika tidak dimanfaatkan)…=D
Maka, dengan tulang empat kerat, diriku melaksanakan kerja-kerja di hari sabtu yang lengang. Sambil-sambil itu, nasyid berkumandang di telefon bimbitku…antaranya adalah salah satu nasyid dalam album i look i see 1. =)
Sungguhpun nasyid-nasyid merupakan nasyid yang ditujukan untuk golongan kanak-kanak, tetapi, percayalah, jenis nasyid inilah yang mampu mengetuk hati kita.
Sambil mencelup kain di dalam rendaman air, fikiranku melayang ke salah satu perkara yang dibincangkan dalam usrah umum minggu lepas. Ketika menyentuh tafsir ayat Ibrahim (ayat 6 hingga 10), iaitu tentang syukur. Persoalan yang timbul pada malam itu adalah bagaimana kita mengekspresikan rasa syukur itu?
Syukur adalah ucapan dan tindak tanduk kita yang dirasai apabila kita mendapat suatu nikmat yang diberikan kepada kita. Syukur merupakan cara untuk kita menunjukkan rasa berterima kasih kepada pencipta kita. Ucapan terima kasih merupakan ucapan yang terawal diajarkan kepada kanak-kanak. Daripada awal lagi, apabila menerima barang daripada orang lain, seringkali kita dengar dan lafazkan kepada si kecil, “Udah dapat ya, padah apa tek?” (dah dapat tu, ucap apa?). Kadang-kadang apabila si kecil berdegil, kita akan ambil barang yang baru diperolehnya sehinggakan dia melafazkan ucapan terima kasih kepada si pemberi untuk menunjukkan bahawa ucapan itu penting sebagai tanda penghargaan kepada orang lain.
Melangkah ke zaman persekolahan, ucapan terima kasih sentiasa ditekankan. Setiap kali habis sahaja waktu kelas, pastinya ketua darjah mahupun tingkatan akan berdiri untuk mengetuai ucapan “Terima Kasih cikgu” kadang-kadang dengan irama yang pelbagai. Bagaimana pula apabila melangkah ke alam university, di alam pekerjaan dan apabila kita berhadapan dengan masyarakat dengan pakcik bas? Masihkah kita membiasakan diri dengan ucapan-ucapan terima kasih? Tepuk dada, tanyalah diri kita. =)
Selain ucapan ‘terima kasih’, adakalanya, dengan perbuatan kita juga mampu untuk menunjukkan rasa terima kasih. Kalau disekolah, kita bantu cikgu untuk angkat buku, kepada sekolah, kita bantu untuk membersihka sekolah, untuk pensyarah kita bantu mana yang patut…
Andai kita mampu untuk melafazkan ucapan terima kasih kita terhadap sesama manusia, betapa perlnya kita membiasakan diri untu melafazkan rasa terima kasih kita terhadap Pencipta kita. Betapa pentingnya kita menunjukkan rasa terima kasih kita atas segala nikmat yang diturunkan oleh-Nya kepada kita. Sesungguhnya, sebanyak mana pun kita bersyukur, tidak akan dapat menyamai banyaknya nikmat yang kita terima. Dari sekecil-kecilnya kepada sebesar-besarnya, seringkas-ringkasnya ke rumit-rumitnya perkara itu di depan mata kita. Bagaimana? Dengan kita melaksanakan perintah yang wajibnya kepada kita, memperbanyakka amalan-amalan tambahan yang digariskan untuk kita, menggunakan nikmat yang dikurniakan itu dengan betul pada tempatnya, dan berterima kasih dan berbuat baiklah kepada segala makhluk ciptaan-Nya dan banyak lagi…yang kita boleh laksankan bagi menunjukkan rasa terima kasih kita kepada-Nya.
Terima kasih ya Allah…atas nikmat-Mu yang terhingga, terima kasih ya Rahim… Segala puji bagi-Mu ya Allah dan Nabi Muhammad kekasih Allah…=)
Berkehendak mencari nasyid lain, tetapi lain pula yang ditemui: Sama-sama kita hayati:
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam
Tuesday, June 1, 2010
Semut oh semut...
Agak lama rasanya tidak menulis tentang topik 'serangga'...=) Sedikit perkongsian untuk semua...sempat membelek-belek buku "The Ants" semasa berada di Miri tempoh hari. Dalam hati teringin untuk membawa bersama buku itu. Namun, perlu menahan diri untuk memberi peluang kepada bekalan-bekalan yang lebih perlu. Sungguhpun begitu, sesuatu yang menarik sempat ku baca, yang baru buat diriku...
Dalam salah satu bab yang menyentuh tentang interaksi antara sejenis semut dengan semut yang lain, buku itu telah menyebut bahawa kebanyakkan semut menggunakan teknik yang aggresif terutamanya dari segi ketenteraannya. Menurut sekumpulan myrmecologist (pakar kaji semut), wujud hieraki antara spesis semut. Ada diantaranya, seringkali menggantikan jajahan semut lain dalam sesuatu kawasan.
(semut di gunung santubong...=D)
Mereka (saintis) membahagikan semut kepada 3 peringkat (hieraki):
1. Peringkat paling bawah - semut yang hanya mempertahankan sarang mereka.
2. Peringkat pertengahan - semut yang mempertahankan sarang dan makanan yang dicari.
3. Peringkat teratas - semut yang mempertahankan sarang dan semua kawasan pencarian makanan (kawasan jajahan).
Diriku tidak sempat menghadam semua penerangan tentang ketiga-tiga peringkat dalam hieraki semut ini. Diriku hanya sempat membaca tentang peringkat yang paling bawah. Semut yang tergolong dalam peringkat ini, mereka ini pakar dalam mencari lokasi-lokasi makanan yang baru. Akan tetapi, mereka akan mengabaikannya jika berhadapan dengan semut yang lebih aggresif (berada di hieraki yang lebih tinggi). Ini menyebabkan semut yang paling kurang aggresif ini mempunyai litupan kawasan makanan yang luas, dan mereka akan bertindak bertukar tempat kepada kawasan yang kurang mendapat tumpuan andai diberikan tekanan oleh semut-semut dalam hieraki yang lebih tinggi,
Subhanallah...begitu indah ciptaan Ilahi...sekecil-kecil si semut, namun aturan kehidupan mereka yang kompleks dan penuh pengajaran. =)
Moga mendapat manfaat...moga ada perkongsian yang seterusnya...amin...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"'
Wallahualam...
=)
Segala puji bagi Allah, pencipta manusia bermula daripada segumpal darah, Dialah yang mengatur segala yang ada di langit dan di bumi dan segala yang di antaranya...
Kerap kali muncul di fikiran ku tentang satu persoalan yang sempat juga ku lontarkan kepada beberapa orang yang bertuah untuk menjawab persoalan ini:
"Apa yang anda fikirkan apabila melihat kanak-kanak?"
Perkara yang meransang diriku untuk berfikir tentang perkara ini mungkin juga kerana sejak dua menjak ini, terlalu kerap memerhatikan kanak-kanak, di mana sahaja mereka berada. Tidak kiralah di kawasan perumahan, kawasan kedai, tepi-tepi jalan, dalam 'stroller' sambil lena ditolak dengan lembut oleh si ibu ataupun di dalam kereta.
Tiba-tiba teringatkan seorang kanak-kanak perempuan yang berada di dalam kereta di hadapanku ketika berada di Miri hujung minggu yang lepas. Mulanya dia melambai-lambaikan tangan ke arah kami. "Lambei balit ni.." (lambai balik wani...) kata kakak ku. Apa lagi, layan~ lambai...tiba-tiba, sesi lambai melambai bertukar menjadi main cak-cak...(dia yang bersembunyi ye...bukan diriku...>_<") sampailah ke satu tahap, kakak ku beralih ke lorong yang lain kerana kereta itu agak perlahan. sangatlah comel budak itu...sempat diriku menoleh ke tepi dengan niat untuk melambainya...namun apa yang ku lihat, dirinya tengah mencari-cari kami di belakang..=)
Diriku bukanlah seorang yang ramah apabila bertemu dengan kanak-kanak. Terutamanya kanak-kanak perempuan. huhu...Namun diriku lebih suka memerhati, kadang-kadang memegang dan kadang-kadang menjadi kanak-kanak bersama-sama mereka di 'alam peperangan'...haha...
Apa yang diriku lihat pada diri kanak-kanak sebenarnya? "Kanak-kanak adalah sehelai kain putih, bergantunglah kepada ibu bapanya yang mencorakkannya"... Kadang-kadang timbul rasa kasihan terhadap kanak-kanak zaman sekarang, yang kadang-kadang kulihat seperti model yang menggayakan baju-baju dalam pelbagai fesyen oleh ibu bapa mereka. Bukanlah diriku ingin mengkritik ibu bapa yang melakukan sedemikian, namun mungkin kerana itu bukan caraku.
Itulah yang menjadi salah satu perkara yang diriku akan terfikir, "entah macam manalah diriku nak mendidik anak-anakku satu hari nanti?"...walaupun tidak pasti bila, namun tidak salah kan kalau nak berfikir tentang masa hadapan? =)
Adakalanya, kita akan melihat kanak-kanak yang bersia-siar dengan kawan yang lebih tua daripada mereka...Kanak-kanak ini, aduhai, kerana ikut-ikutan, bertindak seiring dengan 'abang-abang' ikutan mereka. Tambah menyedihkan apabila si abangnya merokok, dia pun turut serta... oh...adik-adikku...
Akhir sekali, ingin ku kongsikan daripada buku yang sedang dibaca, bertajuk "Wahai Puteriku! Jilid 1" karya Zainab Al-Ghazali Al-Jubaili dalam tajuk 'Menjaga anak' (Bacaan untuk menambah pengetahuan walaupun masih belum ada anak atau anak buah yang perlu dijaga..=D)
Dalam bab ini, pada pandangan Zainab Al-Ghazali , anak merupakan generasi masa depan. Ajaran Islam menggalakkan penjagaan anak dengan pendidikan yang baik, nasihat yang berguna serta memelihara hak-haknya.
Antara hak-hak yang patut diberikan kepada si anak adalah:
1. Hak untuk mendapat nama yang baik dan indah,
2. Persekitaran atau rumahtangga yang harmoni, tempat anak-anak ini membesar,
3. Didikan asas daripada ibu bapa.
Moga perkongsian ini, perkongsian yang bermanfaat...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Thursday, May 20, 2010
Apa itu???
Pejam celik...pejam celik...hampir diriku tidak menyedari, diriku sudahpun berada di bumi Kuching ini selama lebih sebulan. Bermakna, sudah sebulan diriku hidup berdua dengannya... Baru inilah diriku merasakan peluang untuk berjinak-jinak belajar menguruska hal rumah tangga...=) Nya? Hehehe...berhenti membuat spekulasi! =p Nya yang dimaksudkan disini adalah abang kandungku yang 'menemani'ku sepanjang tempoh praktikalku di bumi Kuching ini.
Hari ini hujan...lebat...(Saja nak bagitahu..he...)..tidak begitu banyak yang perlu kulakukan hari ini...'photo-shooting' semata-mata. InsyaAllah, diriku akan merencanakan hari-hariku lebih banyak aktiviti minggu depan...bagaimana? tunggu dan lihat sajalah...=)
Niat sebenar diriku mencoret disini adalah untuk berkongsi sedikit sebanyak perasaan dan pengalaman diriku hidup berdua...=)
Niat untuk ke kuching sudah ku tanam sejak abangku menjalani praktikalnya dua tahun yang lepas. Memanglah suasananya pasti berbeza kerana diriku seorang perempuan, dan abangku seorang lelaki. Pasti lebih banyak perkara yang perlu dipertimbangkan untuk 'melepaskan'ku menjalani hidup disini. Akhirnya, keputusan telah dibuat, andai diriku ingin meneruskan rancangan untuk praktikal di Kuching, diriku akan ditemani oleh abangku...hehe..asalkan peluang itu ada, walau bagaimanapun syaratnya, ku terima jua...=D
Jika melihat 'prestasi' ku dalam hal-hal menguruskan rumah, memasak dan yang bersangkut paut dengannya semasa berada di rumah, pastilah terlalu banyak yang perlu dan mesti ku pelajari. Daripada tidak memegang periuk kepada memegang periuk, daripada tidak memegang ayam mentah, kepada memegang ayam mentah...(ikan? setakat ini, belum sampai tahap.hehe)...Syukur kerana diriku masih mampu bertahan...pada mulanya, ingatkan kami akan menghadap 'food court' Sukma Ria memanjang...syukurlah, setakat ini, diriku masih mampu bertahan walaupun ada beberapa kali sahaja kami ke sana..=)
(Sekadar gambar hiasan..=) )
Apabila hidup berdua, barulah tahu itu dan ini...suka itu dan suka ini...tidak suka itu dan tidak suka ini... Seringkali diriku terfikir, ini baru hidup dengan orang yang kita sudah tahu sedikit sebanyak perangainya, kegemarannya, ketidaksukaannya...entah macam mana apabila tiba masa untuk hidup dengan orang yang begitu baru dalam hidup kita? huhu...itulah yang menjadi salah satu pendorong diriku untuk terus belajar salah satu cabang seni kehidupan ini...tidak salahkan untuk bersedia??? (^^,)V
Syukurlah diriku diizinkan untuk praktikal di sini...sekurang-kurangnya, diriku melangkah setengah langkah daripada keselesaan...sungguhpun begitu, sangat banyak yang masih perlu dipelajari...=)
Sekadar coretan ringkas...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Wednesday, May 12, 2010
Jenguk-jenguk masyarakat…=D
Tika kita baru sahaja melangkah ke dalam masyarakat yang baru, keadaan yang baru, cukuplah sekadar taman perumahan yang baru, ada sahaja yang mampu menarik perhatian kita. Benarlah kata pepatah, “rambut sama hitam, tapi hati lain-lain”… Ada sahaja perwatakan-perwatakan masyarakat setempat yang berbeza daripada kampung halaman kita dengan tempat yang lain.
Sesampainya diriku di bandaraya kuching, ibu negeri Bumi Kenyalang ini, diriku seringkali menggeleng-gelengkan kepala sepanjang perjalanan ku di sini… Ayat-ayat lazim diriku buat tadahan telinga abangku;
“Suka na sidak tok mok jadi sandwich eh..-_-” “ (Suka betul mereka ni jadi sandwich kan…-_-“)
Mengapa? Setiap perjalananku, pastinya tidak terlepas daripada melihat pelbagai gaya dan peringkat umur manusia yang menunggang motosikal bertiga-tiga…tidak kiralah remaja, dewasa, lelaki mahupun perempuan…Selesa agaknya…atau ‘trend’ semasa? Wallahualam…
(Gambar contoh: tapi di kuching tak adalah yang mencecah tahap ini...huhu)
Namun, diriku doakan, walau bagaimana cara sekalipun mereka bergerak, moga sentiasa selamat hingga ke destinasi masing-masing.
p/s: Sambil-sambil diriku mencari gambar contoh ‘sandwich’ manusia ini, diriku terjumpa seorang blogger yang bercerita tentang pemerhatiannya terhadap gelagat dan karenah pemandu-pemandu dan pembonceng motorsikal…
http://themotorcyclists.blogspot.com
Moga dapat manfaat...=)
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam
Friday, May 7, 2010
Kasih seorang ibu...
Sabtu yang pertama dalam bulan Mei telah di letakkan sebagai hari untuk menyambut hari Ibu di seluruh dunia. Hari Ibu merupakan hari yang dikhaskan untuk kita menunjukkan rasa sayang dan kasih terhadap insan yang telah mengandung dan melahirkan kita dengan izin-Nya. Walaupun pada diriku, setiap hari boleh dijadikan hari ibu tanpa menunggu hari yang khusus. Bulan Mei merupakan bulan yang istimewa buat diriku, memandangkan kedua-dua orang tua ku lahir dalam bulan Mei.
Diriku bersyukur kerana masih mempunyai seorang ibu...diriku bertambah bersyukur kerana ibuku serta ayah dan kakak ku akan datang malam ini menziarahi diriku di sini...=")
Sebenarnya, diriku ingin berkongsi secebis pengalaman yang ku kira sangat berharga buat diriku. Sesuai dengan tema hari ibu yang jatuh pada esok hari...=D
Allah telah menemukan diriku dengan seorang kakak yang bertugas di makmal yang sama dengan tempat diriku diletakkan pada hari pertama diriku mendaftar disini. Berperwatakan ceria, penuh dengan cerita...Pada mulanya, dia seperti tidak begitu ramah denganku berbanding apabila dia bersama dengan rakan-rakannya yang lain. Biasalah, ketika itu, diriku baru 'berusia' dua hari di meja itu. Takkanlah tiba-tiba dan secepat itu untuk beramah mesra kan? Diriku pun dalam keadaan 'blurr' dan cuba untuk meninjau-ninjau dimana diriku boleh membuatkan mereka berasa selesa dengan kehadiran diriku disitu.
Pada hari yang ketiga diriku berada di makmal itu, tengah-tengah diriku melayan diri dan laptop, kerana tidak mahu menganggu dirinya di meje bersebelahan denganku. Tiba-tiba, dirinya mula membuka bicara. bercerita tentang anaknya yang tengah mendapat tawaran ke matrikulasi di Perak dan tengah menunggu keputusan pemohonan UPU. Sambil-sambil itu, diriku juga berkongsi sedikit sebanyak apa yang telah kulalui sebelum ini. Sekali-sekala menjawab pertanyaannya selagi mana diriku mampu untuk menjawab. Sambil-sambil kami bercerita, dirinya menunjukkan gerak-geri kerisauan seorang ibu yang bakal berjauhan dengan anaknya. Itulah perasaanku ketika itu, kerana gerak-geri itu seperti pernah kulihat sejak kakak ku melanjutkan pelajaran di pusat matrikulasi. Nada suaranya, menunjukkan tanda-tanda serak-serak basah...>_<" alamak...apa yang aku telah lakukan...hoho...(perkenalan berusia dua atau tiga hari telah menyebabkan seorang yang bergelar ibu sebak...wani...wani...)... Sejak daripada itu, setiap kali mempunyai peluang untuk duduk di meja ku bersama dirinya yang tengah melakukan kerja di tempatnya, pasti dia akan bertanya-tanyakan tentang hal-hal yang bakal atau mungkin akan dilalui oleh anaknya. (Moga diriku menjawab sesuatu yang bermanfaat untuk dirinya...huhu) Pada hujung minggu ini, anaknya ditemani oleh dirinya dan mungkin ahli keluarga yang lain akan mendaftar di pusat matrikulasi di Perak sepertimana adik-adikku yang lain, yang bakal mendaftar di pusat matrikulasi masing-masing. Penerbangannya dijadualkan pada petang ini. Dirinya, kulihat seperti serba tidak kena. Duduk seperti tidak selesa, muka kebingungan...segalanya seperti tidak kena. Ya Allah, tenangkanlah hatinya...Sebelum dia pulang ke rumah untuk bersiap-siap tadi, sempat diriku memberitahunya bahawa dengan izin-Nya, segalanya agak berjalan dengan baik dan lancar. Mendoakan agar dia selamat pergi dan selamat pulang. Seminit dua berlalu...terdengar bunyi suaranya teresak-esak..(opps...kali keduak...hoho) Diriku turut sebak sejenak melihat dirinya yang sebak... Kasih seorang ibu... Moga anaknya, juga adik-adik yang bakal menempuhi kehidupan yang lebih luas dan mencabar ini, sentiasa ingat akan pesanan orang tua kita yang terkandung seribu satu harapan dan kerisauan yang tidak berbelah bahagi kepada kita. Biar kita dihantar dengan tangisan kerisauan, pastikan kita kembali, disambut dengan tangisan kegembiraan...=D Selamat berjuang wahai adik-adik ku!!!! Saya boleh (insyaALLAH), kenapa anda tidak? (Ya Tuhanku, rindunya diriku pada dirinya...moga dia sentiasa sehat dan gembira disamping
suami tersayang...hehe =) )
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Thursday, May 6, 2010
Terketuk(!)
Sudah menghampiri satu bulan diriku berada di bumi Kenyalang dan berkhidmat di bandaraya miaow...=D Syukur ya Allah, kerana mengizinkan diriku ke sini. Diriku membayangkan keberadaan diriku disini akan mempelajari banyak perkara daripada tempat praktikal ku...Benar, banyak yang ku pelajari sehari-harian di tempat kerja...namun apa yang ku peroleh, lebih daripada itu.
Syukur ya Allah, kerana mengizinkan diriku berada disini...ku tiba-tiba terasa 'terketuk' dengan keadaan...terketuk dengan segala yang berlegar-legar di sekelilingku kini.. Terasa sudah agak lama diriku tidak menulis dan memerhatikan perkara-perkara penting dan genting yang memerlukan perhatianku. Sudah agak lama diriku meletakkan diriku di zon selesa dan ambil endah tak endah dan hanya tahu dan mengerti untuk bersukaria, bergelak ketawa tanpa memikirkan ada benda yang diriku harus perhatikan disekelilingku. Hati, mulut dan mata yang diberikan kepada diriku dalam keadaan yang tiada cacatnya, namun ku merasakan diriku lalai dalam menggunakan dan memanfaatkan dengan sepenuhnya.
Benar, diriku masih sibuk itu dan ini semasa berada di kampus... Namun, entah mengapa, pabila berada disini, barulah kusedari, betapa kosongnya diriku, betapa aku telah terlena sebentar tentang tugas diri. Diriku merasa seakan-akan ada satu lompong yang harus ku isi.
Betapa diriku jauh ketinggalan dalam merindui kekasih Allah...betapa ketinggalannya aku dalam berasa risau akan saudara-saudaraku disini...betapa ketinggalannya diriku dalam mengejar ilmu-ilmu yang harus kutuntuti dalam menyediakan bekalanku...
Mujurlah diriku terketuk kini. Mudah-mudahan ketukan ini ketukan yang sentiasa kurasai dan ingati dan tidak hanya diingati malah dipelajari dan dihayati pengajarannya...
Wahai Tuhanku, terima kasih yang tidak terhitung...sesungguhnya, diriku takkan mampu untuk bersyukur setimpal dengan limpahan kasih sayangMu yang begitu banyak. Mudah-mudahan diriku kekal sedar akan tugasku, kekal sedar akan tuntutanku, bukan hanyak sekadar pada diri, malah kepada orang sekelilingku...
Moga diriku mampu untuk melaksanakan apa yang diriku katakan, mudah-mudahan diriku bukan hanya cakap tapi tak serupa bikin dan mudah-mudahan diriku mampu untuk bersabar dan bersangka baik terhadap orang lain. Dan mudah-mudahan diriku tidak melakukan sesuatu yang tidak diredhai-Nya...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Friday, April 30, 2010
Glow in the dark..=D
Dari sehari ke sehari, tidak ku sedari minggu yang kedua di bumi Kuching ini hampir sampai ke penghujungnya... Masuk minggu yang ketiga, pasti lebih banyak perkara yang harus ku lalui dari sehari ke sehari. Tiba-tiba sahaja terasa ingin menulis sambil-sambil mendengar putaran lagu "Fireflies" yang dinyanyikan oleh kumpulan "Owl City"...=)
Apa-apa pun, sebenarnya diriku sentiasa sangat teringin untuk melihat dan memerhatikan "thousands lighning bugs" a.k.a kunang-kunang berterbangan di malam hari memancarkan cahayanya... Indah kan? Moga diriku mendapat peluang itu...=)
Sedikit maklumat tentang si kunang-kunang bagi yang tidak mengenali dirinya...
Namanya: Kunang-kunang / Firefly
Keluarganya: Lampyridae
Order: Coleoptera (sama order dengan kumbang-kumbang yang lain)
Fakta menarik tentang kunang-kunang:
1. Pada bahagian abdomen kunang-kunang jantan dan betina boleh mengeluarkan cahaya dengan bantuan dua jenis enzim iaitu; luceferin dan luciferase.
2. Untuk sesetengah jenis kunang-kunang, bukan hanya dalam peringkat dewasa mampu mengeluarkan cahaya, malah di peringkat larva dan telur juga mampu mengeluarkan cahaya.
3. Kunang-kunang dewasa berkemungkinan tidak makan semasa ia dewasa.
4. Kunang-kunang tidak sedap untuk di makan!
Moga mendapat manfaat...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Wednesday, April 7, 2010
K.E.N.A.P.A???
Seringkali persoalan kenapa kenapa dan kenapa muncul dibenak kita. Kenapa boleh jadi begini? Kenapa ini macam ini? Kenapa tidak boleh buat macam tu? Kenapa itu? Kenapa ini? Tetapi adakah kita bertindak menyelesaikan persoalan kenapa itu? Atau sekadar menantikan saat-saat persoalan itu terjawab dengan sendirinya?
Andai seorang bayi yang masih dalam buaian hanya bertanya kenapa saya hanya baring? Kenapa saya tak bergerak seperti orang lain? Syukurlah dengan penciptaan yang indah oleh-Nya…bayi diberikan rasa ingin tahu yang kuat, rasa ingin mencuba yang kuat, yang bukan hanya setakat menghujani diri sendiri dengan persoalan kenapa tanpa ada apa-apa tindakan.
Begitu juga apabila melihat kanak-kanak yang berlari ke sana ke mari…bergelak ketawa tanpa ada rasa jemu tanpa dihujani persoalan kenapa yang membebankan fikirannya…
Apabila tiba menjadi remaja dan dewasa, bermulalah episod kenapa dan kenapa yang melimpah ruah… Bermulalah episod kenapa itu bukan hanya dibenak, muncul elemen-elemen perasaan. Menyalahkan dia dan mereka sedangkan diri sendiri yang tidak menyelesaikan masalah kenapa itu dengan sewajarnya… Sampai bila kita ingin menyimpan persoalan kenapa itu hanya sekadar berlegar di fikiran kita? Luahkan dan carilah penyelesaian yang terbaik untuk kenapa itu…
Dan yang paling penting, segala persoalan kenapa itu, andai menemui jalan buntu, carilah dan kembalilah kepada Pencipta segala-gala yang menimbulkan persoalan kenapa itu…
Setiap yang terjadi itu, pasti ada hikmahnya dan setiap kesusahan itu, pasti ada kesenangan disebaliknya…
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
Wallahualam
Monday, March 29, 2010
Meja peperiksaan...
Segala puj bagi Allah yang menjadikan bulan yang memantulkan cahaya sang mentari membuatkannya begitu indah dipandang mata... Cahaya pantulannya menerangi awan gemawan membuatkannya bertambah indah dan berseri...=D Selawat dan salam buat Nabi Muhammad kekasih Allah serta para sahabat baginda...
Syukur ya Allah, tidak begitu terasa sebenarnya hari-hari yang berlalu sedangkan mahu tidak mahu, diriku sudah melepasi tiga kertas dan berbaki lagi dua... Prestasi? Wallahualam... momentum diriku semester ini, kurang sedikit berbanding semester yang lepas...Momentum yang ku maksudkan disini adalah perasaan yang sudah menelaah sampai tidak tahu mahu menelaah apa...=) Walau apa pun, momentum itu pasti ku cuba untuk pecut semula untuk dua kertas yang seterusnya...AMIN...=)
Kertas-kertas semester ini, banyak menuntut kesabaran dan integrasi pelajaran-pelajaran yang ku peroleh sepanjang semester ini. Akhirnya, diriku menyimpulkan bahawa sebenarnya meja peperiksaan merupakan tempat untuk kita mengetahui apa yang kita tak tahu...huhu...Kepala ku terasa berat selepas sahaja ketiga-tiga kertas itu berakhir selepas dua setengah jam mengisi jawapan-jawapan yang ku tahu... Tidak ada hati langsung untuk keluar awal untuk semester ini kalau berbanding dengan semester-semester yang lepas...>_<"
Kini, diriku hanya mampu untuk berdoa agar ilmu-ilmu yang ku peroleh tidak hanya menghiasi kertas-kertas yang telah diserahkan kepada pengawas peperiksaan...Akhir sekali, ingin ku kongsikan sesuatu untuk semua...Yang ku ingin kongsikan ini merupakan salah satu soalan yang bernilai 10 markah, tetapi hanya mampu untuk dijawab dengan 3-8 baris ayat sahaja...-_-" Soalannya: "What is epicatechin? What is the biological role of epicatechin to human body?" (Diriku hanya mengingati bahawa kompound ini merupakan sejenis flavonoid yang terdapat di dalam koko...ayat-ayat jawapan yang selebihnya? KBKK dan penggorengan memainkan peranan...=D )
--------------------------------------------------------------------------------------
Some informations on epicatechin...may you gain benefit from it...=)
Distribution
Epicatechin is present in many plants. High quantities can be found in cocoa, tea and grapes.Properties
Epicatechin is a strong antioxidant, has insulin mimic action and improves heart health. Dr. Norman Hollenberg of Harvard Medical School found that Kuna indians, who live on the San Blas Island Chain in Panama and drink high quantities of cocoa drinks, have a lower risk of stroke, heart failure, cancer and diabetes compored to the Indians living on the mainland. Dr. Norman Hollenberg even suggests to consider epicatechin as a vitamin.Attenuation of diabetes
Studies show that epicatechin and other flavonoids exert a protective role on osmotic fragility of cells, similar to that of insulin. The mechanism of action of epicatechin is different to that of insulin and remains speculative. In diabetic red blood cells epicatechin causes an increase in acetylcholinesterase activity. This activity is significantly lower in type 2 diabetic patients.
Heart health
Epicatechin reduces lipid peroxidation and inhibits platelet aggregation. Epicatechin cause blood vessel dilation by regulating nitric oxide, a molecule secreted by the blood vessel endothelium to signal surrounding muscle to relax.
-----------------------------------------------------------------
Ilmu itu bukan sekadar terhenti dalam satu-satu semester sahaja...namun apa yang lebih penting adalah kesan setelah menghadapi peperiksaan itu...Peperiksaan itu hanya untuk melihat sejauh mana kita faham dan ingat apa yang kita telaah...namun peperiksaan kehidupan adalah peperiksaan yan menuntut kita menggunakan ilmu yang kita timba itu. Janganlah bosan menuntut ilmu walau di mana pun kita berada...dan jangan serik menuntut ilmu hanya kerana soalan-soalan yang hanya keluar daripada beberapa nota sahaja...=)
Moga diriku dan semua sahabat-sahabatku yang mengejar ilmu sentiasa bersemangat! Kerana dengan ilmu, moga kita boleh rapat dengan Ilahi...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Sunday, March 28, 2010
Hidayah itu milik Allah...
Sedang tengah-tengah menelaah untuk peperiksaan yang selanjutnya, tiba-tiba salah seorang kawan yang berada di sampingku berkongsi tentang sesuatu...Dan ingin ku kongsikan sesuatu itu untuk semua... Moga bermanfaat untuk semua...=)
Sesungguhnya, segala apa yang ada di langit dan di bumi dan yang berada di antaranya adalah tanda-tanda kekuasaan Allah, bagi mereka yang ingin berfikir...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Thursday, March 18, 2010
Hikmah Kembara...=)
Sekadar perkongsian sebelum ku berkongsi hikmah daripada kembara yang ku peroleh baru-baru ini...ya Allah, izinkan diriku berkongsi agar dapat memberikan manfaat kepada diriku, dan kepada orang lain...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Sunday, March 14, 2010
Meow...
Syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengizinkan sahabatku daripada Gombak untuk datang menziarahiku disini..=)) dan terima kasih jua kerana telah menurunkan hujan yang telah lama dirindui oleh tanah yang sudah menunjukkan tanda-tanda kering-kontang...
Minggu ini, barulah terasa rindu pada lembutnya tempias hujan terlerai...bumi Kuantan dibasahi oleh hujan yang turun untuk berapa ketika...
Hujung minggu ini tidak terasa telah berlalu mungkin kerana diriku mempunyai tamu yang dirindui..hehehe...terasa segar kerana bertemu dengan tamuku itu...Peluang kehadirannya di bumi Kuantan ini dimanfaatkan dengan bertukar-tukar cerita dan pendapat yang terasa sudah lama tidak dikongsikan. Peluang yang begitu beharga itu jua ku manfaatkan untuk menemukannya dengan sahabat-sahabat kami yang berada di Kuantan ini.
Kafetaria yang jarang menerima kunjunganku di hujung minggu menjadi saksi pertemuan empat sahabat di bangku biru..hehe...Saat itu, turun hujan penuh dengan kerahmatan yang memberikan kesejukan yang menyegarkan untuk kami semua..=)
Apa yang lebih penting adalah detik-detik perpisahan antara kami...bukanlah nak kata perpisahan itu menggembirakan, namun perpisahan kali ini bertambah bererti dengan satu peristiwa yang ingin ku kongsikan bersama...
Dalam perjalanan balik daripada kafetaria, kami dikejutkan dengan dua ekor kucing yang mengiau sambil melihat-lihat ke dalam longkang yang penutup besinya teralih sedikit...Kedua-duanya mengiau-ngiau sehinggakan keempat-empat kami risau melihat gelagat kedua-dua kucing itu...semua tercari-cari telefon bimbit yang boleh dijadikan sumber cahaya untuk 'melihat' keadaan sebenar...Sebelum itu, pasti setiap daripada kami mempunyai gambaran-gambaran yang berbeza di dalam benak masing-masing...
Akhirnya! Salah seorang daripada kami mempunyai telefon bimbit yang boleh memberikan cahaya yang cukup untuk menyuluh apa yang patut. Rupa-rupanya, ada dua ekor anak kucing yang terjatuh ke dalam longkang!!! ya Allah...mujurlah longkang itu tidak dipenuhi air...si ibu sudah semakin gelisah melihat anak-anaknya...kami berempat terkedu sebentar, tidak tahu nak buat apa...huhu...akhirnya, salah seorang daripada kami masuk ke dalam longkang itu dan mengeluarkan anak-anak kucing itu...
Pilu rasa dihati melihat si ibu kucing...dirinya mengiau-ngiau tanpa henti sambil melihat-lihat ke dalam longkang...nampak seperti serba salah pun ada...si anak pula kerana ingin bersama si ibu, sanggup cuba untuk melompat keluar namun tidak cukup mengeluarkan dirinya...(T.T) syukurlah kami lalu ditempat itu dan tergerak hati untuk meninjau apabila mendengar ngiauan kucing-kucing itu...Lega bila melihat si ibu 'lega' apabila anak-anaknya dikeluarkan, walaupun ia mengiau lagi selepas itu seolah-olah ada lagi anaknya yang belum dikeluarkan...-_-"
Moga kucing-kucing itu selamat di masa-masa akan datang...=)
p/s: hargailah setiap detik yang kita ada bersama keluarga kita, kerana kita tidak tahu apa yang bakal berlaku pada diri kita mahupun pada diri mereka...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Friday, March 12, 2010
Moga ukhuwwah kita bertaut padu...=")
perkongsian bermakna buat semua...=)
Salam penghayatan...=)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Thursday, March 11, 2010
Segumpal daging...
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.
Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.
(Sekadar gambar hiasan: Masjid Putrajaya, 9/3/2010)
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Monday, March 8, 2010
Wednesday, February 24, 2010
Between the lines...
Hari ini merupakan hari yang penuh aktiviti bagi diriku. Agak lama sebenarnya dari kali terakhir diriku berada dalam keadaan diriku tidak dapat untuk berhenti dan menbaring-baringkan badanku di tengah hari...Namun, sekali sekala begini barulah diri ini mengerti untuk menghargai masa yang ada dalam kehidupan ini. Esok? InsyaALLAH akan sesibuk ini ataupun kurang sedikit. Apa-apa pun, moga penat lelah itu kerana Allah Taala dan membawa manfaat kepada orang lain.
owh, hehe...sebenarnya bukanlah niat sebenar untuk menceritakan apa yang diriku ceritakan di atas...itu hanyalah sekadar sedikit perkongsian hari yang berlalu untuk diriku hari ini.
Sebenarnya, diriku sudah lama ingin mencoretkan entri berkenaan dengan topik nan satu ini..=) tetapi, atas sebab-sebab tertentu, diriku tidak berjaya menulis hingga ke akhirnya. Satu perkara yang sering berlegar-legar di mindaku..."Semua subjek semester ini perlu belajar seperti diriku belajar Food Biotechnology"...Kenapa dengan cara belajar subjek Food Biotech lain berbanding dengan yang lain??? Sebenarnya matapelajaran Food Biotech merupakan salah satu pelajaran yang menuntut pembacaan luar dan juga dalam buku dan nota pensyarah. Memang tidak akan mencukupi untuk menggoreng andai tidak cukup isi. Hehehe...
Pada mulanya diriku ingatkan hanya mata pelajaran nan satu itu sahaja yang memerlukan cara yang sebegitu rupa. Namun, sebenarnya jangkaanku, ku isytiharkan sebagai meleset kerana boleh kata semua matapelajaran HARUS di pelajari dengan method yang sama.Tapi apa sebenarnya yang diriku cuba bawakan di sini???
Rasanya pernah ku nyatakan bahawa diriku bersyukur kerana mempunyai pensyarah-pensyarah yang diriku ada kini. Tidak kiralah bagaimanapun dia mengajar, diriku sangat-sangat bersyukur...alhamdulillah...Kenapa? Kerana mereka membuatkan diriku melihat apa yang tersirat dan bukan hanya yang tersurat...bukan hanya sekadar mengetahui tetapi juga memahami dan bukan hanya sekadar puas di permukaan tetapi harus tahu dengan lebih dalam lagi...
In other words, i have the opportunity to read between the lines...=)
Penting sangat kah nak mengetahui yang tersirat dan mengetahui yang tersurat secara meluas? Penting ke? Pasti???Diriku kurang pasti bagaimana hal ini pada orang lain, tetapi bagi diriku, apabila kita "membaca antara garisan-garisan" inilah saat diriku merasakan diriku ilmu-ilmu yang ditimba itu datang kembali kepada kita. Membentuk satu jaringan yang besar dan kukuh.
Pening kadang kala memikirkan hal ini...terasa perlu mengutip satu-satu pelajaran yang ku kira 'ditinggalkan'... Sedih kepada diri sendiri...namun jangan membiarkan kesedihan itu membuat jaringan lain yang memerangkap diri agar terus tersekat pergerakan. Namun, mudah-mudahan jaringan yang terbina itu bakal menjadi seperti jaringan anjalan yang membolehkan diriku bergerak dengan lebih tinggi...=D
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam
Monday, February 22, 2010
Chocolate...
Monday, February 15, 2010
tik tok tik tok...
Segala puji Allah yang telah menciptakan pasir dan kelikir, menciptakan tangan dan air...
Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w dan para sahabat baginda...
Terasa lama sebenarnya tidak mencoretkan apa-apa disini...nampaknya arachnida (labah-labah dan yang sama waktu dengannya) bermaharajalela...=D Sungguhpun begitu, sebenarnya diriku bersyukur kerana masih mampu untuk mencoretkan sesuatu disini. Semester ini kurasakan begitu cepat berlalu...pejam celik pejam celik, kini menghampiri ujian akhir dengan berbaki satu kertas lagi untuk ujian penggal...
Apa-apa pun, kaki harus dikuatkan untuk melangkah dan hati juga harus diteguhkan...=)
Bersyukur kerana memilih pengkhususan ini...walaupun terasa lemah, tetapi kerana ada kawan-kawan yang jauh lebih rajin daripada diriku, hati yang sukar mengaku kalah ini, dikuatkan juga agar tidak ketinggalan di belakang. "SKL" bak kata orang Sarawak... "Sik mok kalah (Tidak mahu kalah)" hehehe...sekurang-kurangnya hatiku rasa diasak untuk mara!!!!
I'm planning to make myself more organize than before...stretch beyond what you have already mastered...i know everybody is stretching beyond at least to make their life better...=) Stretch..stretch...i know you can do it~ Stretch...stretch...hehehe...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Wallahualam...
Sunday, February 7, 2010
Rindunya pada semut merah dan semut putih...=)
Sebuah video untuk tatapan bersama...
"Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi"
Thursday, January 14, 2010
Ilmuku tidak pernah cukup…
Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih mengizinkan diriku berada di bumi ini. Semakin hari kurasakan semakin mencabar dua tiga menjak ini. Ketentuan sebagai seorang pelajar, begitulah kan? Jika tidak sibuk, kurasakan diriku pasti akan terkontang-kanting tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Semester ini sudah menghampiri pertengahan. Sedar tidak sedar, masa semakin meruncing untuk diriku menilai kembali apa yang telah ku timba sepanjang ku berada di sini. Ibuku selalu bergurau bahawa dia mempunyai dua buah Mercedes…salah satu daripada Mercedes itu bakal akan balik untuk berkhidmat. Dan tinggallah satu lagi Mercedes yang masih lagi tidak tahu sama ada nilainya menyamai jangkaan ataupun tidak? Hmm…
Semester ini banyak membuatkan diriku berfikir dan kerisauan…apa yang patut diriku lakukan seterusnya… semester ini banyak membuka mataku terutamanya pensyarah-pensyarahku yang berdedikasi. Huhu…gembira dan lega terasa kerana dikurniakan pensyarah-pensyarah yang sebegitu. Kenapa??? Setiap satunya sentiasa mengingatkan bahawa diriku sudah pun berada di peringkat yang ketiga…tahun ketiga…bukan lagi di tahun yang pertama atau kedua. Mana perginya ilmu-ilmuku yang kutimba selama dua tahun ini??? adakah diriku melafazkan niat belajar kerana Allah tetapi gagal untuk menghayati dan melaksanakan apa yang kulafazkan itu. Tadi, terasa ditampar lagi…disebabkan subjek yang ku ambil semester ini banyak merujuk kepada semester-semester yang lepas, maka mereka suka untuk mengulang perkara-perkara yang sepatutnya ku tahu… Padan muka sendiri…banyak lagi rupanya yang diriku tidak tahu dan tidak ingat walaupun hakikatnya, diriku telah diajar dan didedahkan dengan pelajaran-pelajaran itu.
Diriku tertanya-tanya sendiri… apa yang perlu ku lakukan??? Usaha yang patutnya dilipat-lipat-lipat gandakan semester ini. Kadang-kadang rasa gerun kerana diriku sedar bahawa diriku menggalas satu harapan dan cita-cita agama, keluarga dan tanah airku sendiri. Diriku sedar, ilmuku tidak pernah cukup…Ilmu Allah terlalu luas…nikmatnya kalau dapat mengaut sebanyak-banyaknya ilmu Allah itu…mampukah aku??? Ku sedar dan ku mengharapkan agar diriku tidak akan pernah bosan untuk meneguk ilmu sebanyak mungkin. Sapalah diriku jika dibandingkan dengan orang-orang yang berkemampuan memahami pelajaran-pelajaran tidak kiralah pelajaran secara akademik, agama mahupun pelajaran kehidupan.
Ku sedar, ilmuku tidak pernah cukup…kadang-kadang terasa seperti terpelecok dan merasakan diriku tidak memilih dengan sebaiknya…minat atau keperluan…kadang-kadang terasa seperti tersalah arah..namun, ku mohon kekuatan agar kakiku tetap melangkah andai jalan ini adalah jalan yang terbaik untuk semua. Tidak semestinya diriku tidak mendapat apa yang ku idamkan, bermakna aku ditempat yang salah. Pasti ada hikmah yang terselit di dalamnya. Tidak salahkan kalau kita memilih untuk menggembirakan orang lain tanpa menidakkan diri kita sendiri??? Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, hanya Dialah diriku yang kerdil ini memohon dan kepada-NYA lah diriku mengembalikan segala kegusaran. Moga diriku tetap kukuh di jalan-Nya tanpa mendatangkan fitnah kepada usaha untuk diriku berada di jalan dakwah ini. Moga hatiku sentiasa tenang dan tabah dan sentiasa diperkuatkan menempuh aturan-Nya.Ilmuku tidak cukup dan tidak pernah akan cukup, tetapi diriku tidak bercadang untuk berhenti daripada berusaha untuk mencukupkannya… =) Moga Allah izinkan dan moga diriku diberikan yang terbaik daripada-Nya…
“Jadilah perindu dan pengejar redha Ilahi”
-anNamLatuN-
18:37 (14/01/10)